Tuesday, May 19, 2009

Aku tunaikan haknya....... Ikhlas dan redha... a.k.a sincerity...

Ketika itu aku sedang menjaga pelajar - pelajar di dalam dewan, seorang guru menemuiku, "Kak Ika, saya nak buat aduan. Handphone saya hilang dalam kelas semalam. Saya offkan handphone. Hp itu semalam ada dalam casing, atas buku saya kat meja guru. Saya tak teringat langsung pasal handphone tue. Sampailah saya balik rumah, casing ada, hp kat dalam dah tiada. Puas saya berfikir".
Alamak, bertambahlah tugas aku untuk hari ini. Kes berlaku semalam, hmmm di mana aku nak mula nih, getus bisikan rasaku. Arghh Aku redha... hehehe dah macam lagu pula..
At-Taubah [21] Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. 

"Siapa yang ada dalam kelas masa tue?" soalku, mencari suspek.
"Masa saya keluar kelas sebelum rehat. Ada beberapa pelajar. XXXX, XXXX, dan XXXXX".

Hmm. macammana nak mula nih... Aduyai... Paling aku tak suka kalau kes barang hilang nih. Jenuh nak cari...
"Cuba tanya adik beradik XXXX, XXXX dan XXXX" seorang guru mencelah. "Biasanya kalau ada adik - beradik yang sama sekolah lagi senang nak tahu sebab memang dia orang bawa balik dan tunjuk pada adik - beradik", sambungnya lagi.

Ting! Ting! Ting!... idea datang dengan izin Allah... Aku panggil adik perempuan suspek untu menemuiku. Mula - mula aku tawarkan roti coklat dan jus oren kepadanya. Kami sama - sama makan dan berbual. Kutanyakan khabar ayahnya seorang yang popular dan ternama. Kutanyakan perihal ibunya seorang guru disiplin juga. Kelihatan dia cemas, almaklumlah guru dsiplin yang memanggilnya.
Sehinggalah satu soalan...
"Macamana  kakak dan abang kat rumah? Akhlaknya?.. Baik tak?" tanyaku memulakan soal siasat.

"Hmmm", balasnya perlahan sambil mengangguk - angguk dan menikmati makanan yang aku belanja....
Dari raut ekpresi wajahnya dapat ku baca beliau pastinya seorang yang defensif. Tentu sukar untuk mendapatkan maklumat, tambahan pula sesuatu yang boleh memburukkan peribadi salah seorang ahli keluarganya. Aku perlukan strategi yang tidak mengancam mana - mana pihak. Pada firasatku, berterus terang adalah langkah terbaik.
 "XXXX boleh tolong mualimah. Lukiskan barang - barang yang abang bawa balik ke rumah dalam seminggu dua ni ataupun semalam?." tanyaku..

Dia mengangguk sambil tangannya melukis sesuatu.
gambaran lakaran... berserta dengan jenama sekali!.. hmmm Alhamdulilllah, Ya Allah, sesungguhnya kau memudahkan urusanku...
'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152.
Pantas saja aku menemui guru yang berkenaan,
"Ini ke hp awak?".... tanyaku sambil menunjukkan gambar untuk mendapatkan kepastian..

"Hah, inilah hp saya! Siap dengan key chain sekali betullah nih.. Jenama pun sama!" jawab guru tersebut ...

Okay selesai satu masalah. Ku tanyakan si kecil itu kembali...

"XXXX, pandai awak melukis. Bila awak nampak benda ni?" tanyaku bersama senyuman plastik yang dibuat - buat. hehehhe....

"Semalam, abang bawa balik. Tunjukkan kat saya. Dia kata kawan dia bagi pinjam. Esok kena pulang balik." terangnya.

"Mak dan ayah kamu tahu?" soalku... Dia menggelengkan kepala...

"Okaylah, XXXX. Sebenarnya hp tu, handphone mualimah M. Semalam handphone tue hilang. Boleh XXXX tolong dapatkan hp tue semula untuk mualimah? Tak baikkan kita simpan sesuatu yang bukan hak kita? Boleh tak kita membenarkan orang yang kita sayang ambil sesuatu yang bukan hak kita?"...

 Dia menggelengkan kepala... Tapi airmatanya mula menitik seolah menyesal dengan memberitahu sesuatu kepadaku....

"Sejujurnya mualimah hanya mahu hp tue dikembalikan kepada orang yang berhak dan mualimah akan terpaksa merotan dan menyuruh abang XXXXX meminta maaf kepada guru yang berkenaan. Memang kita akan terluka, tapi ini untuk kebaikan abang XXXXX supaya dia tak mengulanginya di masa akan datang. Sekarang mari kita ke pejabat untuk membuat satu panggilan"...

Aku dapatkan panggilan kepada ayahnya (yang ketika itu sedang sibuk). Aku mengarahkan adik suspek menceritakan hal yang berlaku seperti mana dia menceritakan kepadaku. Satu saja pintaku agar beliau cuba mencari hp berkenaan..... Ayahnya meminta agar anak lelakinya menelefon beliau.
Aku panggil suspek, tapi dia enggan membuka sepatah kata sekalipun.  Bila kudesak... pandai saja dia mengatakan handphone itu kepunyaan kawannya... Gitu .. ginilah... ermm... teng! teng! teng!..Dia terkejut apabila kawan - kawan yang dimaksudkan tiba - tiba muncul di sebalik perabot pejabat... (aku telah berjumpa mereka lebih awal dan menjalankan soal siasat sepatutnya dan aku suruh mereka menyorok dibelakang perabot dan mendengar pula apa yang dikatakan oleh suspek).. dan rakan - rakan yang geram terus saja menerpa dan berkata...
"Anta kata handphone tue dari si B." kata Si A..

"Eh,.. dia kata anta yang bagi pinjam hp tue,.." pintas si B...

 "Tak pa.. tak pa... antum berdua boleh balik ke kelas..."... Murid A dan Murid B terpinga - pinga dan terus pulang ke kelas masing - masing.
Aku pandang wajah suspek... Merah wajahku menahan sebak...Okay, fine. Lalu aku panggil abang suspek. Ku terangkan situasi sebenar yang telah ku ketahui kepada si abang long...dan ku dailkan telefon untuk satu lagi panggilan kepada ayahnya. Dengan tenang si abang long bersedia untuk membuat panggilan kepada ayahnya.

"Ayah, ini abang long" katanya...
aku mendengar dengan penuh sabar...
Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri (tidak ingin keredaan Allah).....
 "Macam ini, mualimah dah buat siasatan dan tanya adik. dik kata malam tadi dia dengan abang XXXX main handphone kawan. Tapi sebenarnya abang XXXX curi telefon tue dari mualimah M. Sekarang ini mualimah nak ayah cari hp tue. Kejap yea..." dia menoleh kepada adik lelakinya (suspek)....

"Anta sorokkan hp tue kat mana?".... tanya si abang kepada si adik lelakinya (suspek)...

Si adik terdiam.... dan teragak - agak untuk menjawab apabila melihat rotan 3B (berbelang [kuning dan biru], besar [diameter 2cm] dan berbahaya [prinsip aku rotan, baru tanya]) di tanganku... hehhehe psiko tue sebenarnya...
 "Cepatlah cakap, tak payah nak sorok. Semua orang dah tahu. Sekarang nih pulangkan ajalah. Nanti lagi teruk anta kena dengan mualimah"... sambung si abang sebagai amaran.

Tiba - tiba si adik lelaki menjawab... ketika ini si adik perempuan tertunduk dan menangis teresak - esak. Naluri keibuanku tersentak... Namun aku cuba bertahan....
"Ada dekat dalam kereta Avanza ibu dekat sebelah kiri pintu belakang..." jawab si adik lelaki perlahan...
Alhamdulillah, syukur pada kebesaran Allah. Doaku dimakbulkan Allah....
Si abang menyambung kembali perbualan dengan si ayah....

"Ayah, abang XXXXX kata ada dalam kereta ibu, dekat sebelah kiri belakang tue... ada poket kan.. a ah kat dalam tue.. cuba ayah tengok, kejap eih.." dia menyerahkan panggilan kepadaku... ayahnya mahu bercakap katanya....

"Ya, saya. Terima kasih atas kerjasama. Saya mohon agar anak ini dinasihati sebaik - baiknya dengan budi bicara encik XXXX. Kalau boleh pemantauan di rumah harus sentiasa dilakukan dan tak perlulah rotan dia kerana saya telah rotan di sekolah dengan izin encik. Bagaimana? Ada apa - apa lagi yang encik nak beritahu saya" jawabku....

"Okay, jumpa nanti pukul 6:30 petang, InsyaAllah..." ujarku mengakhiri bicaraku...

Belum sempat aku menghadiahkan suspek tazkirah dan apa - apa tindakan susulan. Telefon berdering.....

"Assalamualaikum mualimah.... maafkan saya yea... Ada handphone tue dalam kereta saya!" ujar si ibu sebelum sempat aku bertanya apa - apa....... 

oohhh... ibunya telefon pula... Erm mungkin mendapat panggilan dari si ayah tadi.... Aduhaiii balik lambat lagilah aku kali ni...
 "Okaylah terima kasih kepada abang dan adik yang baik hati ini kerana membantu mualimah. Sekarang mualimah terpaksa merotan untuk mendisplinkan anta (suspek) kerana kesalahan mencuri dan berbohong. Kesalahan ini adalah kesalahan yang sangat berat di sisi Allah dan juga bagi pihak sekolah. Misi sekolah adalah untuk mentarbiyyah anak - anak di sini menjadi insan soleh dan musleh. Semoga tindakan mualimah ini akan dapat menginsafkan anta (suspek) dan adik beradik antum bahawa Allah telah menggerakkan hati mualimah untuk memanggil adik anta (suspek) dan kawan - kawan untuk mendapatkan maklumat. Sesungguhnya Allah Maha melihat dan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini seharusnya mentadbirkan bumi ini dengan baik. Anta faham dan ada apa - apa soalan?" terangku dengan panjang lebar...
Ala ala... macam hakim kat mahkamah la gitu kan.... Mesti berikan peluang untuk bela diri kan.... kita mesti adil.....
 Dia menggelengkan kepala...

"tangan mana yang mengambil handphone tersebut...?"  tanyaku... pantas saja dia menunjukkan tangan kanannya..... Lalu aku dengan lafaz bismillah......

Zas... zas....zasssss ditapak tangannya..... dan ku berikan sehelai kertas "Doa memohon berakhlak baik" untuk di baca.
 p/s: Hanya Allah saja yang mengetahui samada aku ikhlas atau tidak ketika menitipkan doa untuknya agar dia diberikan hidayah oleh Allah. Sepanjang 3 tahun dia menjejaki di sekolah ini. Tak pernah sekali dalam sebulan, tubuhnya tidak dijamah oleh rotan 3B aku...... 

Ayat terakhirku kepadanya,.. "XXXX, takkanlah sampai Allah uji anta, tarik nikmat yang Allah beri, baru anta berubah? Berubahlah selagi masih diberi peluang.... dan belum terlewat. Sesungguhnya anta bakal da'i dan pendakwah juga pemimpin yang akan memakmurkan muka bumi pinjaman Allah ini. Jangan tunggu Allah tarik nikmat yang ada, semua itu pinjaman..." Sesungguhnya lafazku, niatku,dan doaku tika ini agar dia berubah hanya kerana Allah....... 

Seminggu dua dia berubah menjadi pelajar yang baik... Cuba menyempurnakan latihan... Walaupun bukunya lusuh akibat tak pernah diambil tahu, sampul bukunya koyak akibat tidak pernah ada keikhlasan untuk belajar.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Itu permulaan yang baik. Dan guru - guru pun mula sayang padanya...... 

Tiba - tiba aku tidak nampak kelibatnya untuk 2 minggu... dan aku dimaklumkan bahawa dia diserang tumor otak, dan nyawanya tidak panjang.... Oh Tuhan, adakah lafazku ku kau angkat dan terima dengan mendadak setelah terucap lafaz tersebut dibibirku.. Sesungguhnya doa dan harapan aku sebagai seorang guru sangat ikhlas agar dia berubah menjadi pelajar yang soleh. Namun bukan dalam keadaan dia kau timpakan ujian yang tak tertanggung olehnya, ibu bapanya dan ahli keluarganya.... Lantas malam itu kutitipkan solat hajat, agar dia diberi kesembuhan walaupun doktor mengatakan umurnya tidak panjang...... Oh, tuhan....

Hadis: “Ikhlas adalah rahsia-Ku yang Aku amanahkan, Aku titipkan, Aku percayakan kepada hamba-Ku yang Aku cintai yang tidak diketahui oleh syaitan, hingga tidak boleh dirosak oleh syaitan. Dan tidak diketahui oleh malaikat, juga tidak tercatat oleh malaikat”.