Saturday, October 30, 2010

Sebuah kematian... "Malaikat Maut Melihat Kita 70 Kali Sehari"

Sudah 2 minggu menguruskan urusan TAKRIM 2010. Urusan surat menyurat, urusan PEKA, urusan PLBS nya dan macam - macam lagi membuatkan diri kerdil yang hina lagi dihurungi dosa - dosa ini, kurang kekebalan diri dan demam pun datang menjengah. Paling sedih si kecil turut sama demam. Mujur saja langkah awal membawanya berjumpa doktor membuahkan hasil sedari si kecil itu asyik mengelap mukus yang keluar dari hidungnya. Membawa ke klinik satu hal, menyuapkannya ubat seperti mahu berperang saja. Sesungguhnya diri diri ini berusaha belajar bersabar.

"Sabar" perkataan yang mudah. Namun sejauh mana diri hina bersabar? Tetiba terdetik di hati "sabarkah aku?". Rasanya belum cukup mendidik diri untuk bersabar. Sabarkah malaikat maut ketika mencabut nyawa diri ini dari tubuh? Oh Tuhan! Pantas sahaja air mata ini mengalir. Ya Allah ampunkanlah dosa - dosa hambaMu ini. Bimbingkanlah hambaMu ini ke jalan yang Kau redhai dan doronglah dirinya untuk terus - terusan beramal baik. Kata orang kalau kita semakin dekat dengan Allah bermakna kita hampir dengan ajal.

Semalam ketika Usrah mingguan, topik perbincangan kebetulan sama dengan entri yang bakal ditulis. Namun apa yang menarik dalam usrah dan ingin dikongsikan bersama ialah "Malaikat Maut Melihat Kita 70 Kali Sehari"!

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”


Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat? Mengenang dosa - dosa yang pernah dilakukan, diri ini terasa kerdil dan halus di sisi Allah. Namum bersyukur kerana Allah masih memberi diri ini peluang memperbaiki amalan sebelum si dia datang menjemput.

Suami ana pernah berkata usia kita semakin pendek. Kiralah usia Rasullullah s.a.w wafat kira - kira umurnya 63 tahun tolakkan dengan usia kita. Itulah usia maksimum yang kita ada. Namun usia minimum hanya Allah yang tahu. Itu menjadi rahsia Allah selamanya. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Bagaimana pula dengan tanda - tanda mati? Terkenang pula dengan arwah nenek yang kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang paling mudah. Tenang dan sempat menyebut Allah. Terkenang,... bilangan orang yang hadir sangat sangat sangat ramai, ada antaranya yang tidak dikenali! Semoga arwah Palama binti Sarwie berada di antara golongan orang yang beriman. Apakah kebaikan yang arwah buat? Bila ada kekusutan antara ahli keluarga, arwah akan damaikan (walaupun si A mengadu begini begitu, arwah tidak pernah cerita kepada si B, kecuali ana, adik - adik dan mama ana, sebab kami tinggal bersama). Bila ada kenduri kendara, arwah antara insan yang seminggu awal akan sampai membantu saudara mara, apa saja yang diperlukan. Arwah jujur dalam memegang amanah. Namun ada sesetengah pihak yang mengambilnya haknya di dunia dengan tipu daya (sampai arwah meninggal pun masih nak meminta yang bukan haknya! Kami ahli keluarga tahu, tapi berdiam, bukan membenarkan. Namun kami berdoa semoga memberikan mereka hidayah dan petunjuk). Mungkin itu yang meringankan azabnya sebelum pulang ke rahmat Allah. Maka bersedialah mereka yang berkaitan kelak kerana bahagian mereka akan tiba apabila mereka bakal mati (sambil memikul bahagian mereka dan "bahagian" arwah nenek, begitu juga "bahagian" arwah datuk, ingat tu!)

Lagi pedoman tentang mati...
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

“Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

“Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya,” katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

“Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

“Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian,” katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
“Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

“Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah,” katanya.


# baca entri berkaitan al-bakriah.com

Consistency.... a simple word, ain't ease..

Alhamdulillah, kini ana dalam proses melengkapkan diri dengan meneruskan Pengajian dalam Islamic Management.

Kenapa Islamic Management sedangkan dulu ambil Bsc.Ed? Panjang ceritanya... dipendekkan cerita kita hanya manusia biasa. Allah yang merancang semuanya, kan. Namun sebagaimana manusia ana tidak menyerah kalah. Mungkin inilah pathway yang ana harus lalui kini demi mendidik anak - anak bangsa.

DI kad pengenalan kita memang Islam, namun sejauh mana kita Islam? Sejujurnya pendakian diri ini mencari redha Ilahi masih jauh dan panjang. Dengan mengikuti kursus ini ana berharap ana dapat menyalurkannya kepada anak didik. Kalau dulu ana mengajar English dan Science. Mungkin satu masa nanti ana dapat mengajar mereka Mata Pelajaran Addiniah pula. Itu harapan ana.

Hadis Pertama dari Hadith 40.
Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Hadith Pertama
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanya sanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Inilah dinamakan penghijrahan. Dari satu tahap kita akan berhijrah kepada suatu tahap yang lain. Bersyukur ana kepada Allah kerana mengurniakan pengakhiran dalam perjalanan kehidupan yang baik. Namun final ending belum pasti lagi. Mohon Allah dorong kita ke arah yang lebih baik kerana ana dahulunya bukan seorang yang terbaik. Namun rugikah kita untuk menjadi lebih baik? Tidak bukan.

Ana juga berdoa Allah kurniakan ana hidayah yang berterusan. Berterusan rindu kepadaNya, berterusan beramal kepadaNya, berterusan melakukan amalan baik. Sesungguhnya mudah merencana, namun membina kekuatan hati Allah jua yang mengetahui. Ana akan sambung mengenainya dalam entry berikutnya...

http://sakinah.8k.com/artikel/hadis40.htm

Syariah & Law in Malaysia

Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA".

http://syafiqe.wordpress.com/

Friday, October 1, 2010

Kisah Benar :Kisah hantu di sekolah Al Amin.... Semua ibu bapa patut baca!

Kisah Benar!!


Jam 11:30 pagi di hari Jumaat yang redup...
Seorang bapa menemui Mualimah Azalina yang bertugas sepanjang minggu lepas dan berkata,
"Cikgu, anak saya tak mahu masuk ke dalam dewan. Ada sesuatu di sana.."

Mualimah Azlina Mohd Anas menenangkan si ayah,
"Encik, tiada apa - apa di sana. Tinggalkan sahaja anak encik di sini dan sekiranya ada masalah barulah kami akan menghubungi encik.. "

Si ayah: "Betul cikgu! Saya sendiri ada perasaan tidak sedap hati jika saya masuk ke dalam dewan. Sebab di dalam kelas dia okay. Tiada masalah. Cuma di dewan sahaja dia menangis - nangis tak mahu masuk.. Saya nak jumpa guru besar, supaya sesuatu dapat dilakukan.. Baca Yaasin ke.. apa - apa sahajalah "

Azalina: "Percayalah encik, minggu pertama pertama ini merupakan minggu penyesuaian. Dia sudah mula mengenali rakan - rakan di dalam kelas, jadi dia okay sahaja di dalam kelas. Tapi apabila masuk ke dalam dewan dan rasa tidak selesa mungkin kerana dia berjumpa lebih ramai orang baru yang dia tidak kenali dan mula merasa tidak selesa.."

Si ayah : "Tidak! Dia memang takut nak masuk ke dalam dewan.. Ada sesuatu di sana.. There was something.."

Azalina mula hilang sabar dan bimbang perasaan tidak terkawal ditambah pula dia harus segera ke berkejar kelasnya; lalu berkata "Terpulanglah kepada encik, buatlah mana yang terbaik untuk anak encik. Saya minta diri dulu".. Di dalam hatinya sedikit rasa terkilan dengan tindakan bapa tadi kerana tidak percaya kepada kemampuannya dan pihak sekolah...

Guru besar dan mualimah Zaleha Daud berusaha memujuk pelajar itu. Dan akhirnya pelajar itu solat di dalam pejabat dengan ditemani penghawa dingin yang baru dibeli pihak sekolah. Nyamannn....


Pada petang tersebut ketika semua pelajar berlumba - lumba ingin menunaikan solat asar. Seorang guru, mualimah Nur Artika Binti Abas telah terjumpa pelajar itu yang sedang menangis di luar dewan... Jeng ... jeng... jeng.... (drum please!)


Nur Artika Abas (NAA) bertanya kepada pelajar yang sedang menangis tersebut dan kelihatannya pelajar itu tidak mahu menyertai rakan - rakannya yang sedang solat.. Sekali pandang, pelajar ini memang comel, kulinya putih gebu dan tubuh badannya ada seiras Azhari yang cemerlang dalam pelajaran tahun lepas. Ohh yaa matanya sepet sedikit dan sememangnya ada iras Azhari Azizi..

N.A.A : "Sudah ambil wudhu? Jom masuk solat!"

Pelajar yang comel dan gebu itu menjawab : "Sudah, tapi saya tak mahu masuk ke dalam dewan. Saya rasa takut dan sedih bila solat dalam dewan. Saya nak solat dalam office sebab kat sana sejuk dan tenang.. Saya tak tahu kenapa saya rasa sedih bila solat ramai - ramai."
N.A.A tersenyum dan sepertinya sudah tahu masalah pelajar ini sebenarnya.. (Pengalaman lalu (bagai sebutir beras je pun) telah banyak membantu...
Anak didik yang gebu itu memulakan ceritanya..... Sekali - kali NAA mengangguk - angguk kan kepala.... fahamlah NAA kini...

NAA: "OOhh, macam tue ke?" NAA sudah tidak dapat menahan tawanya.. Maka ketawa berdekah - dekah di dalam hati. Namun, wajah dan nada NAA masih lagi 'control' serius. Almaklumlah jadi guru displin ini kena bersifat multiprofesional.. polis, pelukis, atlet, warden penjara, pelakon, pelawak, badut, ahli magis, jurutera dan lain - lain semua kena boleyy...

Back to the story,...Pelajar itu mengulangi kata - katanya yang tidak mahu solat di dalam dewan,

Pelajar: "Saya tidak mahu solat di sini, saya nak solat di dalam office. Kat sana saya tak sedih sangat. Kat office sejuk je. Saya rasa tenang solat di dalam office..." (Apa taknya ada ai-cond!)
NAA memegang bahu pelajar terbabit dan mendorongnya masuk ke dalam dewan, Ideas.. ideas... bling bling bling, my synapse and neurons was working:
NAA: "Kamu tahu kenapa kamu takut masuk ke dalam dewan?" Pelajar comel itu menggelengkan kepala.

NAA: "Kamu sayang pada Allah dan keluarga?".. Pelajar itu mengangguk..

NAA: "Sebenarnya kamu tidak sedar apabila kamu bersolat, kamu menyerahkan seluruh jiwa kamu kepada Allah. Sebab itu kamu rasa takut dan sedih. Kamu Ikhlas ketika solat sebenarnya berbanding rakan - rakan kamu. Solat kamu budak - budak yang masih mumayyiz ini, yang ikhlas, tiada hijjab antara kamu dan Allah. Solat yang ikhlas berupaya membimbing kita menjadi hamba Allah yang baik. Masuklah ke dalam dewan dengan hati yang ikhlas. Itu sudah cukup baik untuk kamu berbanding kawan - kawan kamu yang lain."

Pelajar itu dengan perlahan - lahan masuk ke dalam dewan dan NAA memerhatikannya dari jauh.. Sememangnya dia melakukan solat dengan khusyu' berbanding kawan - kawan lain (kawan - kawan yang seusia dengannya sibuk mengganggu kawan lain disebelah mereka. Cuit kawan sana, cuit kawan sini. Tak kurang juga yang menggoyangkan badan sepertinya nak menari pun ada.! hehehehe.. NAA memerhatikan pelajar comel ini dari balik pintu. Walaupun ditolak oleh rakan di sebelah kanan dan kirinya dia tetap memandang tempat sujudnya dengan tenang. Dia telah temui dirinya.....

Kesimpulannya: rakan - rakan ibu bapa bloggers sahabat sekalian, jangan sesekali mengiyakan kata - kata anak - anak kita membuta tuli. Siasat dulu punca dan sebabnya. Mesti ada sesuatu dalam diri anak - anak ini, yang mana kita sebagai ibu bapa tidak dapat merungkainya. Kadang kala, anak - anak ini memerlukan orang tengah seperti kes di atas (walaupun secara kebetulan..). Pelajar tadi sebenarnya bukanlah terjumpa hantu tapi dia merasa sedih dengan bacaan Alfatihah, surah dan doa beramai - ramai. Apatah lagi sebelum solat biasanya semua pelajar akan membaca Sayyidul Istighfar sebelum membuat saf kerana menunggu semua pelajar yang lain selesai mengambil wudhu dan dalam keadaan bersedia untuk solat. Bacaan Dzikir beramai - ramai ini membuatkan hati pelajar tadi sedih dan terusik.. Samalah kita jika menunaikan haji.. Perasaan sedih pasti timbul (Pengalaman rakan -rakan yang pernah menunaikan haji).... Anak - anak yang masih lagi di dalam proses transisi ini memerlukan sokongan ibu bapa untuk membentuk jatidirinya. Tak perlu tunggu anak - anak di sekolah di tepi kelas, kantin atau dewan. Tinggalkan sahaja mereka di sekolah dengan penuh tawaqal pada Allah. Jika kita Ikhlas dan Redha.. Percayalah Allah akan melindungi mereka dan mereka akan lebih berdikari..

Yang kedua: Dewan Serbaguna itu merupakan tempat untuk pelajar - pelajar tahun 1, 2, & 3 berlatih dan menunaikan solat dan juga tempat di mana aktiviti Pengajian Al Quran dijalankan.. Sedikit sebanyak ianya juga turut menyumbang kepada suasana yang boleh meruntun jiwa.. Justeru jangan bimbang.. Pelajar ini hanya kurang keyakinan diri. Biasanya anak - anak ini akan dapat menyesuaikan diri selepas 6 bulan.. dan ada juga yang sehingga setahun!.. Semuanya bergantung kepada doa dan kerjasama ibu bapa. Berikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk membentuk jatidiri anak - anak ini...

Yang pasti esoknya si dia menangis lagi... dan guru - guru mengulangi ayat yang sama! Dan ketika si anak ini berumur 28 tahun pasti dia akan tersenyum sendirian apabila menghantar anak kecilnya yang ketika itu berusia 7 tahun di sekolah ini. Sejarah InsyaAllah berulang!  

p/s: I didn't care what other people talked about me! I do care what will Allah says about me more! I do knew that  there was soft spots inside my heart..... Being a discipline teachers making you unfamous and unpopular.... It depends... Tetapi, setiap kali hari guru, bonet keretaku pasti penuh dengan hadiah. Terutamanya, dari anak - didik yang selalu kena dengan rotanku yang besar (2 cm diameternya, dan ku salut dengan salotape berwarna merah dan biru! Gimik je tue, dari jauh mereka dah nampak rotanku sebelum mereka nampak aku... hehehe, psiko beb, tak payah cakap banyak)

"Kad Hari Guru : Ana Sayang Mualimah Walaupun Garang Macam Rimau"

Teachers Day Is Coming Again.....
They said I am stern but friendly..... Very subjective! Tetapi ianya juga satu bonus!...
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. An Nisa:032
Bagus juga anak murid menganggap saya garang.. Kerana saya hanya perlu berdiri di tepi pintu untuk mereka senyap.. 

Sesungguhnya saya belum pernah merasa daging manusia..... (",) hehehe

Januari 2010. 

A new beginning to a journey as a teacher. Even though I have taught at this school for more than 1, 051,200 minutes away!

Setiap guru melahirkan azam baru di tahun 2010 ini.

Tahun in merupakan tahun yang amat saya nantikan bilamana saya tidak perlu lagi menjadi Guru Taadib dan Disiplin sekolah. Saya bercita - cita untuk menjadi guru kelas sebenarnya biarpun saya tahu tanggungjawabnya agak berat juga. Merekod kehadiran, memberi Memo, memastikan kelas sentiasa bersih dan banyak lagi.. saya sukakan kelas yang bersih, cantik dan anak murid yang boleh didekati dengan lebih rapat. Tapi takdir Allah menetapkan akhirnya di Jabatan juga... Walaupun Jabatan yang berbeza...

Pengalaman lalu sedikit sebanyak memberikan saya Ilham dan iltizam untuk menjadi yang terbaik tahun ini. Saya panjatkan doa ke hadrat Allah agar saya dan keluarga diberikan kesihatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun - tahun sudah. Tahun lalu si comel saya diserang IL1 dan Enchek Suami juga  hampir sahaja diserang H1N1. 

Kini, saya pula tak mahu meneruskan rawatan susulan di HKL kerana saya merasa lebih baik sekarang. Alah, bukan apa sangat pun adenoid dan tumor tue.... Lagipun, malas rasanya nak mengharungi kekalutan lalulintas dan kesesakan tempat letak kereta. Penyakit juga merupakan kesan psikologi sebenarnya. Jika dilayan akan lebih parah.. So, saya buat tak tahu saja. Now I feel better... Alhamdulillah..

Di ambang 2010 ini,
saya terkenangkan seorang pelajar yang comel dan chubby... Tengku Sophielea namanya. Seorang pelajar yang comel pada tahun 2007. Kad yang diberikan pada saya sememangnya menjadi satu kenangan yang cukup bermakna. Di dalam kad itu penuh dengan kata - kata tulisan tangan yang ejaannya perlu dibaca berkali - kali. 

Antara bait ayat yang menjadi ubat penawar duka saya,
"Asalamelekom, mualimah. Terima kaseh sebab ajar ana sayens. Ana suka mualimah dan sayang kat meuliamah walau pon mualimah garang cam harimau. Jangan marah, ana gurau je. Tapi mualimah memang garang cam rimau, tapi mualimah baek. Hehehe.. Minta maaf sebab mualimah terpakse bace terpusing - pusing. Ana sengaja.."

Setiap kali
saya 'down', saya akan ingat ayat - ayat ini. Bukan hadiah yang menjadi ukuran. Tetapi kejujurannya dalam melafazkan bait ayat sentiasa dalam kenangan. Kini dia sudah dewasa (tahun 5) dan perangainya dan sifatnya yang kelakar masih tidak berubah...

Tahun 2009, tahun yang menyaksikan
saya banyak mengalirkan airmata. Bukannya setakat dengan beban kerja tapi juga "panjang akal" anak - anak  didik. Tak mengapa jika kes kecil. Aduhai.. banyak kes yang besar - besar yang menjangkaui akal fikiran.. Sungguh memerlukan kesabaran. Berkali - kali saya terfikir untuk meletakkan jawatan. Berkali - kali juga anak - anak didik yang lain juga parents (3 Jaabir) memujuk saya

Terima kasih kerana kalian saya masih berada di sini... untuk menambah sebuah halaman pengalaman.......
Beban terlerai.....
Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang memberikan saya kepuasan. Baik Faiq mahupun Zaid. Satu perkembangan yang sangat baik. Saya pernah rasa kecewa kerana Faiq selalu tidak membawa buku. Rupa - rupanya dia mempunyai masalah. Tak perlulah saya ceritakan. Cuma saya bersyukur pada Allah selepas saya melancarkan mogok tak mahu melayannya. Dia benar - benar berubah dan cuba menarik perhatian saya. Dan akhirnya saya memberikan beliau tuisyen percuma setiap pagi!

Kasih sayang..... never ended....
Anak - anak ini amat saya sayangi. Yang paling terkesan ialah apabila Amal Najehah dan Fayaddah memeluk saya apabila saya rasa amat memerlukan. Itu pengalaman yang paling indah apabila anak didikan yang pernah saya didik kembali mencurahkan rasa kasih kepada saya. Kini mereka merupakan orang - orang yang sentiasa membantu saya menyiapkan kerja - kerja yang tak mampu saya siapkan sendirian. Seringkali selepas usai sesi persekolahan Tahap 2 mereka akan masuk ke bilik guru dan bertanya "mualimah, ada apa - apa yang ana boleh tolong". Bersyukur rasanya dalam 800 orang pelajar ada 2 atau 3 orang yang solehah seperti mereka.
 
Anak didikku, umpama adik dan anak saya,,,...... A secret of life..
Pernah suatu hari saya diberitakan tentang NXX MXXXXX yang menumbuk rakannya (yang kini sudah pindah ke sekolah lain). Saya memang terkenal dengan sifat yang garang. Jika orang lain dengan gerakan wajah 15' boleh menunjukkan perasaan senyum. Saya perlu menggerakkan wajah 185' baru kelihatan tersenyum. Namun hari itu entah kenapa dengan lindungan Allah, saya tidak memarahinya seperti kebiasaannya. Saya bawa dia ke kelas 3 Jaabir. Kerana disitu lebih privacy. Semua rakan - rakan yang lain telah menunaikan solat kecuali dia.

I am not questioning him even a word. I told another story of others similar to it. Dia hanya tertunduk mendengar satu demi satu butir cerita saya. Dan akhirnya dia terkejut apabila kisah itu adalah kisah saya! Air matanya bergenang namun egonya sebagai budak lelaki membuatkan dia menahan air matanya. Saya mengesat airmatanya yang mengalir laju dengan hujung lengan baju saya Air matanya turun selaju airmata saya. Pantas saya dia menceritakan kisah keluarganya yang sangat pedih tanpa saya pinta.

A time to change, a time to remember.....
Saya mendengar dengan penuh minat dan saya lahirkan harapan agar dia berupaya menjadi anak yang soleh yang dapat mengubah situasi yang ada sekarang. Usai sahaja pertemuan itu, saya bawa dia ke dewan. Saya memintanya mengambil wudhu dan bersolat taubat. Saya mengajarkannya doa dan dia mengaminkannya. Nur MXXXXXXXd, anak soleh, yang sebelumnya "panjang akal" dan sering mengadap. 

Akhirnya beliau sering menjalankan ibadah puasa sunat dan solat sunnah untuk mengawal dirinya dari melakukan perkara - perkara yang tidak baik.. Sehinggakan kawan - kawan yang lain kagum dengan perubahannya... Saya terus berdoa agar anak - anak yang lain akan menjadi lebih baik dari diri kerdil ini...

Sepanjang tahun 2009, saya sentiasa cuba mencari idea bagaimana hendak mentarbiyyah anak - anak ini agar menghormati ibu bapa, guru dan rakan. Alhamdulillah 80% berjaya. Namun ianya bertahan hanya 1 hingga 2 minggu sahaja. Anak - anak ini perlu berulang - ulang kali ditarbiyyah seperti mana saya ketika kecil  hingga dewasa untuk berubah 360 darjah ke tahap ini dengan izin Allah. Saya hanya mampu berdoa agar mereka menjadi lebih baik dari diri yang masih mencari redha Allah ini..

Pembukaan tahun ini sedikit terpalit dengan saya yang hilang mood untuk mengajar akibat "floating classes systems".. Saya merasa 'frust' teramat apabila saya tidak boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Saya juga merasakan masa terbazir begitu saja. Sedangkan pada hari itu Saya telah merancang aktiviti dengan baik. 

Me and perfection....
Mungkin, saya yang selalu "aim perfection" dalam segala hal tidak boleh menerima hakikat apabila sesuatu yang di rancang gagal. Apatah lagi ditambah lagi dengan "perisa" yang tak saya pinta pun. Mungkin juga kibaran bendera Jepun membuatkan saya hilang sabar. 

Rumahku syurgaku....
Mujurlah ketenangan di rumah menjadi ubat penawar untuk saya. Saat berdzikir, saya tanamkan sabar ke dalam diri agar minggu yang akan datang akan saya lalui dengan penuh hikmah dan senyuman.. 

InsyaAllah...

"" The Ice Age" will last till forever!"

Buat anak - anak didik saya yang telah melangkah jauh dan meninggalkan diri ini.. Ingatlah doa saya sentiasa bersama kalian sepertimana doa kalian yang menjadi kekuatan saya...

Semoga kalian terus berjaya di masa hadapan..



 
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

An Nazi'at:044