Checking my timetable..... Ermm.. can't made myself available for all classes. What to do, keep moving on.., wishing it work well...
Knowledge is like a garden: if it is not cultivated, it cannot be harvested.
- African Proverb
Banyak urusan perlu diselesaikan.... buku rekod PEKA pelajar perlu diisi, dateline minggu hadapan!.. Cuba mentelaah beberapa helaian buku modul yang disediakan... Arghh tak dapat menerjah ke dalam minda ini pula... Asyik teringat kerja hakiki yang berlonggok di hadapan mata... Aishhh....
The end of these two is never reached - knowledge and understanding.
Menulis di dalam blog umpama satu terapi buat diri ini. Sebuah notebook, capaian internet, beberapa ketukan jari ke keyboard.... kemudian "posted",... beberapa bulan kemudian dapat membaca kembali apa yang telah dicoretkan dan cuba memahami kelemahan dan kesinambungan hidup ini juga mencari kekuatan.
Truth is the road most beaten, and knowledge the best guide.
Halangan merupakan cabaran dalam kehidupan ini. 2 hingga 3 minggu lepas, Si Comel kesayanganku perlu dijaga rapi kerana demam chicken pox. Justeru banyaklah urusan kerja yang tertunggak. Inilah bahana tatkala anak mula bersekolah dan dihantar ke nurseri, kan? Bersyukur kerana dikurniakan Enchek Suami yang memahami. Bila mana urusan membasuh baju diuruskan oleh Enchek Samsung, urusan memasak diuruskan oleh Puan Elba, Enchek Suami akan mengampaikan baju dan bidadari comelku akan menguruskan dirinya sendiri... Menonton tv atau melayari komputer (powerpoint bahan bacaan CAHAYUKU dan Iqra yang telah disalin olehku dalam bentuk ppt).... Teruja sekali dia...
Gain knowledge: it adorns you, if you are rich, and feeds you, if poor.
Bila ditanya si kecil apakah impiannya bila besar. Pantas saja si kecil itu akan menjawab "Doktor GIGI"... Kadangkala diusik oleh jiranku, dengan memanggilnya "Hai Doktor Gigi"... and you guess what? Bidadari kecil itu akan membalas sapaan itu dengan berkata, "Saya tahulah saya Doktor gigi, tak payah cakap kuat - kuat"... hahahaha
"Kenapa awak nak jadi Doktor Gigi?" Jawab si kecil "Saya nak tolong nenek saya. Gigi nenek sangat teruk".. Hehehe tergelak besar neneknya apabila si kecil menjawab begitu. (My mother suffered after a large momentum of accident a few years ago).... Hmm dan tika itulah sepatutnya aku di tahun akhir pengajian di Universiti Malaya dlm BSc of Education.... Sebuah kisah yang panjang.....
Choose the best part of each science, as the bee sips the most delicate part of the flower.
Berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan di dalam kerjaya, kerja, keluarga, pembelajaran di OUM dan juga dalam kehidupan..........
p/s: lebih suka melayari MyLve berbanding membaca buku.... haishhh..