Resepi Laksa Johor

Resepi masak laksa johor suka hati hehehe... Jamuan hari raya 2009 untuk 50 orang


Kuah
1. SEEKOR Isi ikan tenggiri/parang sederhana besar - rebus amik isi
2. 2 ekor ikan kembung - rebus amik isi
KALAU TAKDA 1 & 2 PAKAI MACKEREL JER dalam 5 tin buang tulang and sos, amik isi.
3. 10 ekor udang hidup - rebus dan blend
4. segenggam udang kering - rebus dan blend

Bahan Kisar:
5. 2 inci lengkuas
6. 20 ulas bawang merah (shallots)- blend
7. 10 ulas bawang putih - blend
8. 3 serai (boleh blend dengan bawang)
9. 2 inci halia
10. 11 cili kering (rebus dan blend) (kalautak suka pedas, jangan guna langsung)

 
 
Bahan lain
  • 1 peket 250gm perencah kari ikan Adabi - mix with a little water to form paste
  • 3 keping asam keping (gelugor)
  • santan (from sebiji kelapa) saya guna santan segera M & S packet besar 500 ml.
  • kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
  • gula, garam
  • 2 liter air untuk blend ikan n udang n bawang
  • daun kesum (ambil daunnya sahaja)
  • hirisan sebatang bunga kantan
  • minyak untuk tumis

Kaedah
1. Perapkan ikan & udang yang telah diblendkan dengan santan selama 2 jam.
2. Sementara itu, tumiskan bahan tumis dengan minyak.. (lengkuas, halia, serai, bawang merah, bawang putih) sampai naik minyak,
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, cili and paste kari, biarkan lagi sampai terbit minyak, masukkan kerisik dan gaul rata.
4. Masukkan isi ikan, udang, ikan kering and udang kering dan masukkan air asam keping. Biar mendidih sampai tinggal 2/3 dari asal ... baru masukkan santan perlahankan api... (biasanya sampai peringkat ini saya masukkan semua kuah dalam rice cooker dan biarkan "keep warm") almaklumlah nak tunggu tetamu datang...
5. Adjust gula and garam
6. Biarkan mendidih and boleh rasa, sementara tetamu datang dan pergi jika terlampau pekat masukkan 250ml santan dan 1.5 l air.
 
 Cara menghidang
1. 5 peket spaghetti (1 peket spaghetti n0mbor 07 saya pakai spaghetti murah san reiilis nombor 7. Boleh gak pakai San Fremo atau lain lain asalkan tak kecik sangat saiznya.. Kalau Angel Hair nombor 005.. Terlalu halus.. Jangan pakai spaghetti yang leper.. pakai spghetti bulat yer.. Ikut arahan penyediaan di belakang pek masing2.
2. Sebiji timun n sebiji sengkuang - hiris halus (macam batang mancis)
3. Taugeh - basuh, buang kepala hitamnya
4. Daun selasih - basuh dan mayang (takde pon takpe)
5. Bawang besar - basuh dan mayang halus
6. Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
7. Jeruk lobak - basuh dan hiris dadu tapi halus n nipis
8. Limau kasturi - belah dua (for one serving)
9. kacang panjang - celur dan potong sederhana...
10. Sambal belacan- (10/15 cili api merah dan 10 biji bawang merah di blend halus dengan sebiji tomato dan masukkan perahan 3 biji limau, belacan anggaran 1 inci diameter + gula + garam secukup rasa)

 
 
Cara makan
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun and ulam ulam lain, pour sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau, (orang yang nak makan tu gaul rata rata) Makan dengan tangan lagi best.(* to get the al dente texture, Didihkan air, masukkan spaghetti dengan sesudu olive oil/cooking oil and garam selama 10-15 minit(ikut instruction kat packaging), toskan dan bilas dengan air sejuk. This is to avoid the pasta from continuing cooking in its own heat. kalau tak bilas, nanti jadi kembang dan berkanji). Lepas sejat dia gaulkan dengan sesudu olive oil supaya tak melekat 1 sama lain.