Thursday, November 17, 2011

Go my girl.. go A's +++



Little drops of water wear down big stones.”

Anyway, bersyukur sangat. Thanks Allah, my patience paid as Sofea can read aloud Iqra' and Cahayaku with minor guidance. (Sejujurnya tidak pernah meluangkan masa untuk mengajar beliau. Alhamdulillah dia seorang yang indipendent!).. Yeah, and it even proved: "Patience is the ability to idle your motor when you feel like stripping your gears." .... Bring down your gears guys!.. Bersabar dan berdoa.... Hasilnya, Alhamdulillah...

********************************************************************************
Perasan tak, anak - anak sekarang bila waktu exam... termasuklah kita sendiri as student... akan memberikan kata - kata positive dengan harapan tiada yang akan bimbang dengan prestasi kita bila saja ada yang bertanya keadaan kita... For example:

"Kakak macam mana exam? Ibu risau dengan prestasi kakak lah"...

Anak jawab, "Okay jer"...

"Betul - betullah kakak. Boleh jawab semua dengan baik ke?"..

Anak jawab, "Okay jer. Ibu jangan bimbang kakak boleh dapat nombor 100"...

erm, "Hah nombor 100? Markah ke kedudukan antara kelas?"....

"Ibu jangan risau, okay jer".....

Erk ibu fenin fenin... Adakah anak anda begitu....

“It’s not that I’m so smart, it’s just that I stay with problems longer.“

Alhamdulillah thank you Allah.
1st: Me and my daughter getting better from fever!.
2nd: My daughter got A's with flying colours. It's 100%! (Hasil didikan guru dan juga perhatian dari ayah. Thanks a lot.)

Sofea kata, "Yeah, kakak dapat nombor 1, 100%. Nanti mama nenek & uncle Beckham & auntie Nor & uncle Roy.. mesti bagi hadiah... makcik yang chubby juga! Wah, banyak lah hadiah kakak".....

Moral: Si kecil molek tue pantang dicabar! Motivasi tinggi!

Monday, October 10, 2011

Children see children do, they implement it from us.

 
Why is it that certain behaviors deemed tolerable in adults are suddenly shocking when exhibited by children? 

Sofea bertanya, usai sahaja keluar dari Masjid Negeri. "Ibu, yang warna putih tapi tak berapa bulat, tu apa?"...
Ibu jawab, "itulah moon"... 
Sofea tanya lagi, "ibu kenapa moon jauh sangat?". 
Ibu jawab, "Sebab distance antara bumi dan bulan adalah 406700 km". 
Sofea tanya lagi "Ibu kenapa Moon tu kan macam asyik ikut kita saja?"... 
Ibu jawab "Taklah, Bulan bergerak pada orbitnya sendiri, bumi pun sama". 
Sofea tanya lagi, "Kenapa kakak macam tak faham je?". 
Ibu jawab, "Moon 240000 batu dari Bumi, compare dengan jaraknya dengan Matahari iaitu 93 Million juta juta juta batu, sebab tue selaju mana pun kita bergerak kita tak dapat melepasinya".... 
Sofea kata "ooohhh macam tue" selepas ibu beliau menunjukkan ekspresi wajah "juta juta juta".... 
ermm nampak jauh je kan?.... hehehehe rasa "bijaksana" hari ini...
5 re-senses that make it "common sense" to us,
 Children reprocess what they see,
Children record what they hear,
Children regain what they taste, 
Children remind what they smell, 
Children redo what they touch.
Jadi saya membuka minda si kecil saya dengan sepenuh perhatian supaya beliau melakukan perkara yang sama kepada saya bila saya uzur kelak. Ini kerana anak - anak kita adalah cerminan kita di hari tua. 
p/s: Salah satu dari nikmat syukur adalah mengambil berat setiap persoalan yang diuatarkan oleh anak. Dengan keprihatinan yang kita tonjolkan, terjalinlah ikatan kekeluargaan yang utuh, yang akhirnya lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak solehah yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Sunday, May 29, 2011

Perkhemahan PERKASA 2011 & PERDANA 2011

1 Hari yang huru hara!

“Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…"Surah al-Baqarah 185
 
Sepatutnya kuliah pertama hari ini untuk semester MEI 2011... Erm tak dapat menghadirkan diri ke semua kuliah untuk semester ini... Sedeyyy, kerana perlu bertugas pada setiap minggu 2, 4 dan 5 setiap bulan... Almaklumlah guru mana pernah bercuti semasa cuti sekolah.. ada saja tugasan... Perkhemahan lah (panjang gunung tue, aduyaiii), Kursus Balance Score Card lah, Kursus Profesionalisma la... dan macam - macam lagi pada setiap minggu 2, 4 dan 5... Erm Berdoa pada Allah agar dapat menghadiri semua kuliah yang lain pula (andai ada, tapi malangnya tiada). 

Penting menghadiri kuliah untuk membina motivasi kepada diri... 


Hari ini juga aku bertugas sebagai guru pengiring dan petugas di Tapak Perkhemahan Rimba Komanvel, Rawang (2 hari, 1 malam) untuk mengawasi lebih kurang 350 pelajar tahun 4, 5, dan 6... Penat sungguh walaupun sehari.......





Info 1:  Bangun untuk solat subuh, cermin mata hilang! Memandu 30km/j di terowong SMART kerana masalah penglihatan (rabun jauh dan silau yang sangat tinggi!) pada pukul 6:15 pagi.. Tiba di Bangi 8:30 pagi untuk hantar Sofea kepada "mama nenek"nya.. huh.. ... Track record pemandu berhemah!..
"Ayat Sofea: Ibu, kenapa kalau ayah drive, kakak rasa terowong (SMART) ni pendek je. Kenapa hari ini akak rasa terowong ini panjang sangat dan besar sangat"
"Ibu: Kakak, sabarlah yea. Ibu memandu perlahan sebab ibu perlu berhati - hati ketika memandu"  erk... sebenarnya ibu tak nampak jalan....
Info 2: Tertinggal IC dan purse di dalam kereta atuk Sofea (sebab beliau tolong hantar saya ke kedai cermin mata), memandu sehingga ke destinasi tanpa menyedari tentangnya di tengah mlm...

Info 3: Lensa kanta cermin mata tiada stok di semua kedai cermin mata! Terpaksa pakai "power" yang lebih rendah buat sementara! Sudah booked! Esok mungkin dapat cermin mata sebenar!


Info 4: Bertekad dan cekal memandu seorang diri ke Rawang selepas selesai semua urusan di waktu malam... (Enchek Hubby out-station)....


Info 5: Berpusing2 di kawasan yang sama 3 kali tanpa menemui laluan masuk ke tapak perkhemahan...Gelap sungguh,.. tiada lampu jalan!



Info 6: Akhirnya: "Seorang guru telah diselamatkan oleh encik2 polisi yang baik hati dan prihatin pada pukul 12 malam"... Telah di'escort untuk sampai ke tapak perkhemahan.... Terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak... Betul - betul berkhidmat untuk masyarakat...... (",)


Info 7: Lutut menggeletar kesejukan dalam air-cond.... Fobia untuk membuka tingkap la katakan, pengaruh TV!.......

Info 8: Terbaring dalam hutan dan mengalami kesesakan nafas ketika jungle- tracking... Sungguh mencabar pendakian ini... Tiba - tiba jantung saya gagal berfungsi dengan baik dan saya hampir pengsan!


p/s: Over-limit! Hari saya telah melaksanakan tugas melampau kemampuan. Selain menunaikan tugasan hakiki, saya ingin mencabar kemampuan diri. Ternyata keupayaan manusia itu terbatas andai Allah tidak izinkan .. Namun semuanya masih di atas landasan kelemahan diri sendiri!... 

Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. So, yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.

Tuesday, May 17, 2011

A new start..... again...

Checking my timetable..... Ermm.. can't made myself available for all classes. What to do, keep moving on.., wishing it work well... 
Knowledge is like a garden: if it is not cultivated, it cannot be harvested. 
- African Proverb
Banyak urusan perlu diselesaikan.... buku rekod PEKA pelajar perlu diisi, dateline minggu hadapan!.. Cuba mentelaah beberapa helaian buku modul yang disediakan... Arghh tak dapat menerjah ke dalam minda ini pula... Asyik teringat kerja hakiki yang berlonggok di hadapan mata... Aishhh.... 
The end of these two is never reached - knowledge and understanding. 
Menulis di dalam blog umpama satu terapi buat diri ini. Sebuah notebook, capaian internet, beberapa ketukan jari ke keyboard.... kemudian "posted",... beberapa bulan kemudian dapat membaca kembali apa yang telah dicoretkan dan cuba memahami kelemahan dan kesinambungan hidup ini juga mencari kekuatan.
Truth is the road most beaten, and knowledge the best guide.
Halangan merupakan cabaran dalam kehidupan ini. 2 hingga 3 minggu  lepas, Si Comel kesayanganku perlu dijaga rapi kerana demam chicken pox.  Justeru banyaklah urusan kerja yang  tertunggak. Inilah bahana tatkala anak mula bersekolah dan dihantar ke nurseri, kan? Bersyukur kerana dikurniakan Enchek Suami yang memahami. Bila mana urusan membasuh baju diuruskan oleh Enchek Samsung, urusan memasak diuruskan oleh Puan Elba, Enchek Suami akan mengampaikan baju dan bidadari comelku akan menguruskan dirinya sendiri... Menonton tv atau melayari komputer (powerpoint bahan bacaan CAHAYUKU dan Iqra yang telah disalin olehku dalam bentuk ppt).... Teruja sekali dia...
Gain knowledge: it adorns you, if you are rich, and feeds you, if poor.
Bila ditanya si kecil apakah impiannya bila besar. Pantas saja si kecil itu akan menjawab "Doktor GIGI"... Kadangkala diusik oleh jiranku, dengan memanggilnya "Hai Doktor Gigi"... and you guess what? Bidadari kecil itu akan membalas sapaan itu dengan berkata, "Saya tahulah saya Doktor gigi, tak payah cakap kuat - kuat"... hahahaha 

"Kenapa awak nak jadi Doktor Gigi?" Jawab si kecil "Saya nak tolong nenek saya. Gigi nenek sangat teruk".. Hehehe tergelak besar neneknya apabila si kecil menjawab begitu. (My mother suffered after a large momentum of accident a few years ago).... Hmm dan tika itulah sepatutnya aku di tahun akhir pengajian di Universiti Malaya dlm BSc of Education....  Sebuah kisah yang panjang.....
Choose the best part of each science, as the bee sips the most delicate part of the flower. 
 Berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan di dalam kerjaya, kerja, keluarga, pembelajaran di OUM dan juga dalam kehidupan..........

p/s: lebih suka melayari MyLve berbanding membaca buku.... haishhh..

Monday, May 16, 2011

Resepi suka hati..... seorang multi-people... student, mother, wife, daughter, and teacher...

Cooking simple dishes.... ngee.. Campak saja untuk menjimatkan masa....
 "Giganto" sandwich... huhuhuhu giant egg with cheese ; extra mayonnaise...

Resepi suka hati saya..... "Karipap roti"...Buka peti ais, terlihat baki inti karipap kelmarin... ting! ting! ideas! Tak payah uli doh untuk buat pastri... guna roti keping!... lenyek saja bagi mampat dan masukkan dalam acuan karipap, masukkan inti kari sardin,... bakar sehingga kekuningan.... Mudahkan?...

Resepi suka hati saya.... Steambot....
cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai... kisar n buat pes., kiub tomyam, kiub ikan bilis, kiub pati ayam n stok ayam n stok daging....
Oyster mushroom, inoki mushroom, baby carrot, baby corn, japanese tofu, dan lain - lain ikut suka yea...Udang N Osyter Mushroom.... opss lupa plak nak bg tahu.. ceq kalau masak mushroom, ceq suka buang batang dia.. amik payung dia jaaa.... sebab pahit nanti...
limau purut,... akar ketumbar (bahagian putih jer)
 tak pernah sukat pon... masukkan je black pepper... hehehhe.. n pes cili... ada nampak merah tak?...
air tangan namanya....
kenal tak apa nih? lemon namanya... perah ler 3 biji.. paling tak suka perah lemon.... keras... kena golek2 kat dapur.... baling2 skit... baru senang nak keluar jus... hehehe

p/s: bakal dimasukkan dlm blog ini: resepi suka hati saya ke2: udang Quaker oat.. resepi suka hati 3;Nasi kungfu... resepi suka hati 4: Roti Eiffel Tower... tunggu... hehhehe nak upload pic nanti...  erm nak masak apa ya sekejap lagi... buat Eiifel Tower plaks la.. tunggu... Take-off before continue my work.. ngeee

Sunday, May 15, 2011

Motivasi or motif basi?....


“Boundless knowledge is the tendon of success.”
Dalam meniti perjalanan menyambung pelajaran di OUM ini selepas pengalaman pembelajaran di UPM dan UM merupakan suatu perjalanan yang terasa sangat panjang. Kadang kala terasa langkah ini seakan terhenti. Sesungguhnya kudrat pinjaman Allah ini sangat terbatas. Namun kecemerlangan semester lalu menjadi kekuatan untuk semester seterusnya. 

Teringat pepatah:
“Fall down seven times, stand up eight.”
 Namun, tatkala kecemerlangan menongkat diri ini dari jatuh, terasa bebannya sangat tinggi. My expectation really too high! Can I maintain my Excellency? Oh Allah, mengekalkan kejayaan lebih mendebarkan berbanding untuk mencapainya. My hubby keep motivating me. Gembira dan hiba rasanya. Tiba - tiba perasaan ini sangat menakutkan.
"A book holds a house of gold"
 Educating other people is easy than educating our own mind! I am not sure if I am okay. But I do feel a little bit nervy and so so. Another semester is coming, I don't even know how did I got this odd feeling?
“One who asks a question is a fool for five minutes; one who does not ask a question remains a fool forever”
my motivation's picture... by googling.......

Oh, Allah bless me and shower me with your love. I try my best, till the end off my blood dripping last. I pray and wish for my strength on work and study. Pull it out to the strongest gain! SPICE UP!

p/s: teringat ayat seorang rakan karib suami saya, yang merupakan Penyair Terkenal di Singapura: "Sepokal" namanya.... "Menuntut Ilmu Bukan Suatu Pilihan, ianya Kewajipan!"..... perhaps: his version, altered .. hehehe. Suka dengar ayat - ayat puitis beliau ketika menemani Enchek Suami dalam salah satu siri ziarah ke rumah beliau.... boleh dapat idea untuk buat assignment.... ahaks... Tiada copyright dalam Lisan bukan?...

Penyimbah Asid Diburu!

Berhati - hati dengan Penyimbah Asid Bermotor di Wangsa Maju & Kawasan Kuala Lumpur. Mangsa seorang pelajar sekolah rendah Seksyen 10 Wangsa Maju telah di simbah asid. Bersyukur ke hadrat, anak kecil tersebut tidak cedera parah walaupun asid tersebut mengenai muka dan baju sekolah beliau. Sila hantar maklumat kepada pihak berwajib jika mendapati orang mencurigai.

 
Suspek: seorang pemuda berusia lingkungan 20-an, disyaki pesakit mental. Sasaran: pelajar perempuan, guru perempuan dan ada juga pasangan (couple) warga Ireland... Serangan secara rawak.
Psychologically: Sasaran awal memang kanak - kanak yang tidak berdaya melawan sebagai percubaan. Pastinya suspek akan mengulangi perbuatan di tempat yang sama atau kawasan sekitarnya dengan sasaran mangsa kriteria sama sehinggalah dia mendapati sasaran lain lebih mendatangkan kepuasan kepadanya. 

Mengikut pemerhatian saya: Suspek aktif sekitar waktu 3:00pm, 5:00 p.m dan 9:00 p.m. Jika di analisis waktu - waktu ini adalah waktu di mana mungkin beliau aktif selepas waktu rutin beliau (makan @ tidur).. Dan waktu - waktu ini adalah waktu di luar waktu sibuk.
Ya Allah lindungilah kami, dan anak - anak kami..... Semoga pihak berwajib dapat memberkas suspek segera..... 

Allahu Akbar.
 

Yesterday...... When we thinks big.... and assume big... there was out there "Biggest" than us..

Hari ini merupakan Hari Guru. Namun siapakah guru kita yang sebenar?

P.e.n.g.a.l.a.m.a.n.
Kelmarin, saya menjalankan tugas hakiki saya di sebuah tempat (yang tak sepatutnya ia dijalankan di situ). 

Pada mulanya saya sangkakan semuanya akan berjalan dengan baik. Namun siapalah saya untuk melawan takdir Allah. Saya dikehendaki menjadi pengacara bagi suatu program yang sangat besar, namun keadaan tempat tersebut tidaklah membolehkan acara sedemikian dijalankan. Saya cuba bersabar dengan karenah pengiring perserta - peserta acara. Dalam hati ketika itu memaki kebodohan saya untuk terus berada di situ.
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari
Seawal pukul 6:00 pagi saya sudah bersiap sedia memasang signboard (yang saya sangka besar, tapi sayangnya ianya sangat kecil ketika hari acara berlangsung, dan saya akui itu silap saya). Pukul 7:30 pagi hanya saya di tempat tersebut dan beberapa peserta. Dengan pintu tempat tersebut yang berkunci, tiada pengarah program atau pihak atasan! Ini acara tadika atau acara yang besar! What the hell they  have thinking! Akhirnya 8:30 pagi barulah sampai manusia yang saya tunggu - tunggu. Acara pun berjalan. Namun saya amat kecewa dengan tempat yang dipilih oleh penganjur. Takkanlah penganjur tidak meninjau keadaan tempat itu sesuai atau tidak. Saya merapati beliau dan membisikkan beberapa tempat yang saya fikirkan sesuai untuk menjalankan acara itu di masa akan datang. Dan lagi yang saya amat kesalkan ialah, beliau tidak bertanya kepada orang yang lebih arif dengan selok belok perihal perkara seperti itu. Lagi saya kesal, orang yang sepatutnya membimbing beliau dengan baik, menuding jari dengan bersahaja. Sungguh tidak bermoral!

Sedang acara separuh berjalan, beliau memaklumkan kepada saya, sebahagian acara akan dijalankan ditempat lain. Saya pun mengumunkan perkara yang sepatutnya saya umumkan kepada peserta (dengan tanggapan beliau telah berjaya mendapat sebuah tempat yang lebih baik). Ketika separuh lagi perjalanan program, saya terkejut bila mendapat tahu tempat itu bukanlah tempat yang saya harapkan. 

Sekali lagi saya diajukan dengan pelbagai persoalan oleh peserta - peserta yang merungut - rungut. Kemudian datang pula masalah baru, yang mana ada pula program lain yang akan menggunakan tempat itu sedangkan program kami sedang berjalan. Ketika itu temperature saya sudah sampai ke tahap maksimum. Saya malu menjadi sebahagian penganjur program tersebut. Program besar, tapi pengendalian tidak profesional dan sepertinya mengambil mudah beberapa perkara. Akibatnya saya mengamuk kerana "orang tertentu" ambil mudah beberapa perkara dan lepas tangan. Hilang rasa respect saya pada beliau kini dan selamanya.... And I confessing my mistaken, how about them?

But how many of us can honestly confess? Are we ready to take that leap of faith? Many things had happened and have energy of its own, ermmm... it is important to always think big. As yesterday, makes me have it in mind to always advise people to believe in themselves that they should think big and positively always. Hmmm, Today, still thinking... that, am I always remember that the secret of success is passion?

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Oh Allah, please forgive me for what ever I have done!

Friday, April 22, 2011

Chicken Pox, cacar air, pelentung ntah hapa - hapa lah... Panduan untuk ibu bapa...

Morning, hantar Si Kecil ke Sekolah...
Suatu pagi saya hantar anak ke sekolah dengan ciuman manja kepadanya. She was so happy. Pulang ke rumah pada waktu petang dengan keletihan. Melihat saya keletihan, pantas saja Enchek Suami mencapai kunci kereta untuk mengambil si kecil dari sekolah. Terlintas dihati, takkan  saya kejam sangat nak biar Enchek Suami kesayangan makan seorang diri. So, saya pun berpura - pura tidak penat dan ingin sangat menemani beliau makan bersama - sama anak kecil kami. Walhal, aduyai macam nak tercabut tulang dengan isi rasanya. Erk, fikir positif, dalam masa yang sama boleh bercanda berdua - duaan di dalam kereta, kan?... hahaha

Evening, 3:30 p.m fetch-up Si Comelku
Sesampai di perkarangan sekolah si kecil, si kecil berlari mendapatkan saya dan menunjukkan kakinya yang berbintik - bintik gelembung kemerahan dan seolah - olah melecur kena bara api. Si kecil merengek "Kakak kena gigit semutlah, ayah". Enchek Suami yang sangat peka dengan anak kesayangannya menoleh kepada saya, "Nampak macam bukan kena gigit semut nih, macam chicken pox saja sebab berair". Aduhai tersentap jantung saya sekejap. Adui takutnya memikirkan si kecil ini yang akan menggaru - garu dan menangis kerana kegatalan. "My child has chickenpox!" My hubby looked at me and said, "Let ask our doctor for confirmation"... Dalam perjalanan, saya berdoa. Hopefully my hubby will wrong, but, all neurons inside my brain keep telling me it is always true. Oh yeah, thanks to my science's knowledge. 

4:00 p.m at the clinic.
What should I do? ... Macam mana really be sure it's chickenpox?..  Seingat saya, 7 hari lepas ianya starts off with a few red spots, aduhai, mistaken thought sebagai insect bites!.
Chicken pox on her head.... a lot!
a tiny blisters in her mouth.... ohh, chickenpox in her mouth may make drinking or eating difficult..... am struggling to get her to eat anything.... :( 

Went to the clinic nearby, and the doctor said, "No doubt, this is what we call first kiss".... 
Second doubt, "1st kiss never been so nice huh?"....
Deep tensed! My little daughter keep saying itchy,.. itchy... itchy... ! Ohh,so I surfed the internet and wanna  find some useful tips on reducing these bumps and making them fade over naturally.... Those bumps seems keep on growing well.. hmmm
Surfed the net. Sesetengah bloggers kata guna Pandan Wangi or Pandan Serani. I go with aloe vera and few of them except air kelapa! I trust my doctor more rather than experimenting my daughter!.  And most important thing: our doctor said, jangan minum air kelapa, kerana ia akan menggiatkan pertumbuhan virus tersebut yang akhirnya menginggalkan parut - parut kekal yang membuatkan kulit tidak cantik!
So as a science teacher, I found that virus chicken pox ni coated dengan certain amino acids and bla bla... In general air kelapa pula mengandungi unsur nitrogen a.k.a protein dari beberapa unsur asid amino, seperti alanin, sistin, arginin, alin, dan serin and bla bla.... So, bila kita berikan anak kita minum air kelapa, kita berikan medium yang sangat equilibrium a.k.a sangat sesuai untuk virus ini membiak! Sudah tentu saya takkan benarkan tubuh anak saya yang comel jadi medium kultur yg sesuai untuk virus cacar air ini!
Going to pharmacy, say Hello to my friend....Bila si kecil mula menangis kegatalan. Saya tengok botol, alahai 5% calamine dan 1% zinc oxide. So, Enchek Suami pergi ke farmasi (dengan arahan saya, pada kadar segera hehehe) untuk membeli calamine yang lain dengan kadar peratus yang lebih tinggi. Jangan risau, kalau untuk external medication tak bahaya pun untuk anak kita. So kami jumpa dengan kawan kami di farmasinya (dah jadi kawan baik sebab selalu beli ubat dan pernah beli perkakasan nebulizer dengan beliau ketika si kecil memerlukan rawatan pneumonia, yea lah kami saja yang beli mesin nebulizer tue di farmasi (dengan suggestion dari doktorlah, erm mungkin boleh tulis untuk entri akan datang), orang lain pergi ke hospital je untuk ambil ubat, tak apalah berkorban sedikit untuk anak, kesihatan anak kebahagiaan buat kita, kan). Lagi satu saya suka beli barang yang lengkap dengan explanation, dan kawan kami tue pula suka dengan aku yang suka explain something about science. So, kawan kami tue suggested kami calamine yang strong dengan 15% percentage of calamine, 5% mint dan 1% zinc oxide. Let me  explain to you all pula ya. Calamine tue fungsinya untuk mengurangkan kegatalan, mint pula berikan kita rasa berangin (penghidap chicken pox disarankan sentiasa berada dalam keadaan sejuk untuk meredakan radang dan mengurangkan kegatalan), dan zinc oxide pula penting untuk memudahkan penyerapan ubat tersebut. 
Doctor instructions:
Si comel saya tu, pantang dengar cakap doktor. Terus saja melekat dimindanya nasihat doktor,
1, jangan minum air kelapa
2. minum antibiotik
3. minum ubat campak (anak saya suka sangat sebab perisanya sedap.. n kurang manis)
4. sapu calamine (tak pernah lap calamine dia, lagi tambah sapuan setiap hari adalah... hehehe)
5. jangan makan benda berminyak (ala - ala pantang masa bersalin)
5. jangan mandi buat sementara waktu (kerana  virus boleh berjangkit atau merebak melalui air dan udara), takut bertambah populasi virus nih.... erm selepas seminggu saya mandikan anak saya dengan Dettol.... pastue sapu calamine. Alhamdulillah cepat kering. 
My mother pesan jangan memasak goreng - gorengan di rumah. Almaklumlah, bila kita memasak sebenarnya bahang kepanasan itu akan meningkatkan suhu rumah kita (anak kita pula tak boleh bahang panas). Masak sekadar porridge atau sup sajalah untuk si comel. Kesian dia, mulut dia pun ada chicken pox tue.... Masak pizza penuh cheese (sebab dia suka sangat) pun, dia tak lalu makan.  Mujurlah hari ke-10 tue dia dah bertambah sihat......
My advise: 
1. potong kuku anak agar pendek dan kemas... (almaklumlah dia selalu menggaru)
2. basuh baju dia berasingan & dengan antiseptik (Dettol) untuk membasmi semua kuman
3. walaupun tak mandi, tukar baju bersih dengan kerap
4. beri makanan yang lembut. 
         Cadangan hari pertama: Bubur sup kentang & daun sup
         Cadangan hari kedua: Bubur sup lobak & daun sup
         Cadangan hari ketiga: Bubur sup ..... & daun sup
         Cadangan hari.......: masak lasagna ok gak..... hehehhe
5. biasanya dia akan menangis gatal.. gatal... Pujuk dia dengan menyapukan calamine di tempat yang gatal. Biasanya dia akan tertidur dan terlena dengan usapan kasih sayang... Pakaikan dia baju dari kain sutera (saya dah korbankan baju sutera saya untuk buat selimut si comel). Sebab kain sutera lembut dan sejuk.
6. kalau dia dah bersekolah,.. katakan ini adalah ruang untuk dia berehat.... takut menjangkiti orang lain dengan kegatalan yang dia sendiri tak tahan. 
7. Memandangkan kami ingin sangat anak kami sembuh, suami menyedekahkan 24 botol air mineral ke surau tempat yang biasa beliau berjamaah, memang rutin kami kalau anak demam. Air mineral itu sifatnya jernih, sejuk, tenang dan juga sihat. Kami berniat dan bermohon kepada Allah semoga anak kami segera sembuh dan pulih seperti sediakala dengan izin Allah selepas kami berusaha dengan berbagai cara. 
Bila anak kita akan ke sekolah?
Alhamdulillah, seminggu pertama suami bercuti menjaga anak, minggu yang kedua, saya pula menjaga anak kesayangan kami. Minggu ketiga kami tak putus berdoa keruping dia cepat kering. Dia sudah kembali bersekolah selepas lebih kurang 20 hari dari mula jangkitan dikesan. Bila keruping dia sudah tanggal itu bermakna imuniasasinya sudah meningkat baik dan dia sudah boleh ke sekolah. ASK YOUR DOCTOR. Kalau masih ada gelembung dan masih berair, dia masih TIDAK BOLEH ke sekolah kerana cairan dari tubuhnya masih boleh menjangkiti orang lain.. 
Say peace to chicken pox....  Ni hari ke-2, lepas seminggu sehari setengah botol calamine disapu kat badan anakku ini. Masa demam memang dia akan minta selimut. Tetapi sebaik - baiknya bila dia tertidur, biarkan dia tidur tanpa selimut (tutup dada saja) supaya keruping mendapat angin dan mudah kering juga kurang berpeluh.
JANGAN LUPA BERDOA KEPADA ALLAH..... Sesungguhnya semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. (",)