Friday, December 31, 2010

.........نرحب السنة الجديدة

We welcome new year (sepatutnya entri ini di coret ketika 1 Muharram yang lalu)... Namun tidak terlewat rasanya untuk mencoretkan sesuatu di sisa penghujung Muharram ini agaknya. Harap - harap begitulah.. (",)

Alhamdulillah hari yang mendamaikan (dengan mengenepikan urusan duniawi yang menyesakkan). Rakan - rakan bloggers sekalian, buat pertama kali dalam hidup saya meminggirkan suatu perkara yang amat besar bersama iringan doa. Dan tidak akan menyentuhnya atas arahan big boss. Pesan beliau, sebarang urusan yang mengusik emosi,sila forwardkan kepada beliau. Beruntung rasa hati ini dan bersyukur pada Allah di atas rahmat kasih sayangNya.

Bersyukur pada Allah di sisa hidup ini Allah kurniakan puteri yang solehah dan suami yang soleh menjadi penyejuk hati dan pendamai jiwa selepas Allah. Kadang - kadang mencari kerelaan manusia lagi payah dari mendapat keredhaan Allah. Sudah menjadi adat manusia suka menyusur sisi negatif berbanding positif. Justeru berdiam itu lebik baik dan beruzlah juga mungkin lebih baik. Tapi yang pasti habuannya tetap ada. Kita akan dijauhi oleh orang lain kerana ketegasan prinsip yang kita bina (biarpun dalam  masa yang sama kita masih mengamalkan syariat yang Esa, lantaran coretan kita takkan bisa ditafsir dengan baik oleh si pembaca). Bersabar sajalah jika itu yang terjadi dan rawatlah diri dan hati dengan zikrullah. Abaikan saja semuanya kerana ia akan merosakkan hati... Opss.. tersasul lagi... (",) Nama pun manusia kan...

Okaylah, hari ini saya hendak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana inilah hari pertama puteri tunggal saya Ainun Sofea ke sebuah sekolah Tahfiz di ibu kota... Di lubuk hati ini tersisip doa agar Allah melimpahkan rahmat kemuliaan dan kebahagiaan untuk beliau menjadi anak yang solehah. Risau juga beliau tidak boleh berassimilasi dengan sempurna bersama budaya baru dan tempat baru bersendirian. Namun, ayah dan ibu jadi bangga apabila gurunya berkata "Ainun Sofea pelajar yang terbaik hari ini, kerana dia mententeramkan kawan - kawan yang lain supaya tidak menangis."... Walaupun dia ditinggalkan sendirian, sementelah ibu perlu bertugas (Hari Taaruf Tahun 1, 2011) di sekolah sendiri!... Mungkin inilah kurnia dan keberkatan menjadi salah seorang murabbi. Di tempat kerja, kita menjaga amanah orang lain seperti anak sendiri (lebih dari anak sendiri!), maka Allah pelihara intan permata kita sebaik kita menjaga amanah orang lain (walaupun saya sebenarnya seorang yang garang, sangat - sangat garang!).

Hah, ditempat kerja tadi, ada seorang pelajar yang menangis dan tidak mahu bersama - sama dengan rakan - rakan lain di kelas. Aduhai, puas ditarik baju saya tak mahu dilepaskan. Leka sahaja pelajar baru itu disapa rakan, saya pun cabut.. Bukan apa, ada tugasan lain yang menunggu di pejabat sekolah. Bimbang ada ibu bapa yang menunggu saya untuk melunaskan bayaran buku (tersilap kira pada minggu lepas). Saya juga yakin dengan keupayaan rakan - rakan lain yang memang hebat dan mempunya naluri keibuan yang baik. Tahniah rakan - rakan seperjuangan SRIAAG!

Di suatu sudut yang lain, Allah pelihara anak kita dengan kebaikan seperti mana kita menjaga amanah orang lain yang Allah berikan kepada kita.. Di suatu masa kita diuji dan diduga sisi kesabaran kita, namun berkat berdiam dan sabar Allah kurniakan kebaikan untuk orang - orang yang kita sayang di sekeliling kita (biarpun bukan kepada kita secara langsung). Allah Maha Penyayang kan. Sesungguhnya Allah menyayangi kita tanpa minta di balas. 

meminjam kata - kata teman Halaqiah,
"saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan, kalau betul fikir-fikirkan..." 
(Taufiq muslim, Halaqah.net)

Semoga tahun ini kita bermula dengan azam baru untuk memperbaharui iman, biarlah kita hilang di sisi manusia, namun kita kekal disayangi disisi Allah. Tak guna pertahankan diri kita agar terbuka kebaikan di sisi manusia, namun buruk di sisi Allah. Tak guna juga menarik balik kata - kata yang telah dihujahkan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah untuk menjaga hati orang lain, sedangkan tiada yang benar melainkan ayat Allah dan Sunnah..... 

Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sentiasalah memperbaharui iman kamu". Para sahabat RA bertanya, "Bagaimana kami memperbaharui iman kami, wahai Rasulullah?" Baginda SAW bersabda,"Perbanyakkanlah ucapan 'Lailahailallah' "   [HR Imam Ahmad] 

dan sampaikanlah walau sepotong ayat biarpun ia payah,..

" Dan kami (Allah) telah tetapkan terhadap mereka di dalam (At-Taurat) bahasannya jiwa (dibalas dgn jiwa), mata dgn mata, hidung dgn hidung, telinga dgn telinga, gigi dgn gigi dan luka-luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisasnya), maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim."
(Al-Maa-Idah:45)
SUMBER: http://halaqah.net/v10/
* bersama - samalah menimba ilmu yang wajb kita ketahui dan amalkan di www.halaqah.net 
  (kalau tidak dilampirkan sumber, dijadikan bahan prasangka pula, kan)


No comments: