Monday, December 28, 2009

Kursus Lagi: PERANAN GURU SEBAGAI MURABBI DARI SUDUT PSIKOLOGI!

Oleh: Panel 1 (Ustazah Solah Bin Wahyu)
Tajuk : Guru Sebagai Murabbi
Tempat: Masjid Mu'adz bin Jabal
Anjuran : Pusat Perkembangan Pendidikan Al Amin Berhad


Ar Raghib Al Asfahani : perkataan "ar Rabb" asal maksudnya "menumbuhkan sesuatu dari satu keadaan kepada keadaan sesuatu keadaan yang lain sampai titik kesempurnaan sedikit demi sedikit"

Kesimpulan oleh Abdur Rahman Al Bani...
a) menjaga fikrah; anak yg membesar dan memelihara fitrah itu..
b) menjaga segala bakat; dan modal2 yang asalnya dimiliki oleh anak...
c) bertahap dan beransur2 dlm proses semua ini...

Ilmu PSIKOLOGI
Cara menangani pelajar "hyperactive" (ALHAMDULILLAH KAEDAH INI TELAH NAA BUAT DENGAN MENYUSUN ATUR KEDUDUKAN PELAJAR TERTENTU) *
  1. letakkan dia di suatu sudut
  2. beri dia sesuatu untuk dipegang (contohnya sebiji bola yang lembut) untuk dipicit2 sepanjang waktu pembelajaran dan arahkan dia utk memandang apa yang cuba disampaikan ketika dia memicit bola lembut tersebut. Pelajar ini akan diam dan fokus.. InsyaAllah... kerana Potensi fikrah itu mesti diarahkan memfokus kepada sesuatu objek...
  3. paling penting; kaji pemakanannya; pastikan dia tidak mengambil kadar gula/coklat/lemak yg berlebihan... kajian menunjukkan anak - anak akan menjadi semakin aktif selepas memakan gula - gula atau junkfood. DALAM AL QURAN TAK SEBUT BENDA NIH TAPI ADA DALAM AL QURAN BEGINI [Baqarah; Ayat 057]
"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri".

SURAH ALI IMRAN : Ayat 093
Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Isra'il, kecuali makanan yang diharamkan oleh Isra'il (Nabi Ya'qub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakalah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Isra'il sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar."

SURAH IBRAHIM: AYAt 032
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).

An-Nahl: Ayat 067
Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.

Ad-Dzariyat Ayat 028
(Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".


4 Komponen penting dalam tarbiyyah
  1. Tentukan Tujuan (melalui persediaan yang sesuai dgn batas kemampuan)
  2. Menggunakan kaedah yang bersesuaian utk mencapai kesempurnaan
  3. Dilaksanakan bertahap
  4. Dilakukan secara berkesinambungan (bertahap & berterusan)

Apa kata saya?... Biasalah iklan dari saya pulak...
Contoh ketika solat berjamaah, saya selalu guna perkataan berikut

Jangan sebut " berapa kali cikgu dah cakap...." mungkin baru sekali dua itu baru kita war - warkan... Gantikan dengan "Allah itu hebat. Allah mengarahkan kita solat 5 kali sehari. Setahun, dalam 365 hari itu, sedar tak sedar kita di latih solat 1825 kali. Takkanlah sebegitu lama latihan, kita masih tidak mampu solat dengan rutin yang lebih baik?" Keberkesanan? Bolehlah bertahan 1 minggu... hehhehe

# murabbi bertindak sebagai
  • Qiyadah (pemimpin) yang menentukan halatuju
  •  Ustaz/ustazah (guru)
  • Walid (bapa)
  • Sahabah (sahabat)
  • ... bagi semua anak - anak muridnya...

Saya berangan ketika kursus ini hehehhe, berapakah jumlah anak kita? Satu, dua, tiga.... enam?
berapa banyak karenah yg berbeza bagi setiap anak?
Seorang anak = 10 ragam
6 anak?.... 60 perangai atau lebih dari itu...

Saya mengira lagi.... iklan.... hehhee
Pelajar Al Amin sekolah rendah sahaja ada 800 pelajar lebih kurang... Sekolah Menengah lebih kurang 1000 orang pelajar  (anggaran)....

Berapakah ratus ribu juta ragam anak - anak ini... Apatah lagi jika tidak di tarbiyyah
dengan berterusan?
- tak buat kerja sekolah, membuli kawan, engkar arahan guru, main - main solat, merokok, membuat XXXX XXXX dan XXXX.. dll... uih banyak tue....

Part paling best....Jadi kalau seorang guru nak menghadapi dan mentarbiyyah mereka ini.. Hebat tak
guru Al Amin sebenarnya? 
HEBAT!!!! (erk perasann jappp)

# Cadangan Ustaz Solah: Ibu bapa dari PIBG digalakkan mengambil 1 hari cuti bekerja untuk bersama - sama terlibat dalam pentarbiyyahan pelajar di sekolah. Contoh 1 jam sahaja menjaga pelajar solat berjamaah, 1 jam sahaja, mengajar matapelajaran tertentu, 1 jam sahaja menjaga perhimpunan, 1jam sahaja menjaga Pend. Jasmani dan Kesihatan dan I jam sahaja untuk menjaga pelajar yang mengambil wudhu... dll

Selain parents asyik complaint (sebahagianlah, anak tak mahu belajar, salahkan guru... anak dapat nombor last, salahkan guru, anak jatuh di sekolah, salahkan guru.....): mengapa tidak parents bersama - sama mentarbiyyah anak - anak ini... Baru ada kesinambungan!... 
Iklan lagi....INGAT WONDERPET "Apa yang penting, kerjasama!" JANGAN  complaint PULAK... INI DI AMBIL BUKANLAH KERANA WONDERPET SEBAGAI PERAWI HADITH  yea, tetapi mengaitkannya dengan rancangan kartun dari sudut positifnya! Apa yang penting? Niat dan kerjasama!

# ermmm  Mencari jalan agar pelajar beradab dengan guru (tarik perhatian...)
  • dengan muzik ("bertepuk tangan" Mlmh Sariah dah buat, berkesan sikitlah, "wisel" hahaha kesian tengok mualim Zikri, jenuh tiup wisel..., "jadi bisu" & "diam dan pandang tempat lain" erm yang nie saya buat, berkesan jugalah..., p/s: kalau tak berkesan penampar je seorang satu das.... hehehehe dll)
  •  kaedah bercerita, kalau bab tak payah belajar atau menyalin memang suka aja anak didik saya tue..
  • Kaitkan sirah dengan pelajar, biasa saya buat.... dan nampak ada keberkesanan... Alhamdulillah
  •   adab utk belajar "jangan tanya" (reverse skills) kisah nabi musa.... isteri nabi..... para tabi'in yg kurang, biasa saya buat "jangan tanya mualimah yea tentang bagaimana pokok boleh layu" berbanding "pokok memerlukan bla.. bla... bla".. ehehhe kengkadang terlupa gak skilss ni...
  • cara popular : new info (pelajar sangat suka dan teruja untuk dapat info yg baru)...

No comments: