Wednesday, December 23, 2009

Guru Disiplin,...Tanggungjawab yang berat......

MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB INI ADALAH:

# Sunnah Rasulullah.s.a.w

# membina sahabah dalam majlis zikrullah... bukan parti MLM, bukan konsert rock.... bukan! Saya nak
didik anak murid, Saya kena didik diri saya dahulu... saya nak didik anak,saya didik diri saya dulu..

Inilah proses pentarbiyyahan...

# Bersyukurkah saya?. Saya perlu sentiasa bersyukur atas nikmat hidayah...

# Mendoakan anak didik....mendapat pahala dan doa dari lisan yang sentiasa melafazkan doa untuk kesejahteraan org lain

# Semoga ianya  menjadi penghalang turunnya azab Allah s.w.t kepada saya

# Mengapa saya jadi guru? Saya akan belajar menjaga ketrampilan... dan perlunya seorang guru menjaga penampilan yg bersih... (",)

# meningkatkan iman dan ketaqwaan

# merasakan manisnya ukhwah dalam sekolah... kadang - kadang jadi plastic... yealah nak menjaga hato orang kadang - kadang kita sendiri terbakar, kan... erk.. tapi saya seorang yang ada prinsip, kalau sesuatu perkara itu tidak sepatutnya berlaku, saya akan mengatakan "TIDAK"... dan itu menjadikan saya tidak popular lah kan.... ada saya kesah!


HADITH MUSLIM - tentang orang berjihad dan berinfaq dan belajar serta mengajar Al - Quran.
- Menangis hingga pengsannya Muawiyyah (HUD:15-16)


"Amal tanpa keikhlasan dan mencontohi Rasulullah spt musafir yg mengisi kantung airnya dengan kerikil pasir yang hanya memberatkannya tetapi tidak memberi manfaat (Ibnul Qayyim)


"Seorang yang ikhlas membersihkan beras (menampi beras) dari kerikil dan batu kecil sehingga besar yang di masak menjadi nikmat dan enak di makan, jika benar masih banyak kerikilnya, pasti akan menyakitkan ketika terkunyah"

FUDHAIL B IYADH:
"Meninggalkan amal kerana manusia adalah ringan, dan beramal kerana manusia adalah syirik. Maka Ikhlas adalah apabila Allah menyelamatkan kamu dari keduanya"

IMAM HASSAN AL BASRI
Hasan Al-Basri berkata:“Perbanyakkanlah istighfar di rumahmu, baik ketika di ruang makan, di tengah perjalanan, di pasar, tempat kerja, di pertemuan-pertemuan dan di mana pun dirimu berada di saat itu, kerana engkau tidak akan tahu di tempat manakah turunnya maghfirah Tuhanmu!”

# Saya cuba memproses input kembali dalam CPU hati, minda dan jiwa. Bertanya saya pada Motherboard iman, apakah salah input yang diberikan? Tidak, jawabnya. Bahkan, input itulah yang telah memberi alert pada saya tentang virus-virus jahiliyah yang berselindung di balik folder-folder dunia. Ya, saya harus mencari antivirusnya segera! Antivirusnya adalah ISTIGHFAR!

ABU HURAIRAH:
Islam dalam usia 60 tahun... periwayat hadith yang paling banyak menghafal hadith sahih.
5374 hadith!
p/s:
Tugas saya sebagai seorang guru adalah menabur benih bukan menuai hasil... Jika Allah bertanyakan hanya hasil di akhirat kelak, Nabi Nuh lah Nabi yang paling gagal.(BILA saya AMBIL SIRAH NI SEBAGAI CONTOH, JANGAN PULAK NAK KATA saya SESAT, saya AMBIL CONTOH QIYAS ye..)..

Kerana Nabi yang mulia berdakwah selama 950 tahun, berapa ramai yang percaya dan ikut?. Apabila Allah berfirman akan melaknat semua orang kafir yang menyekutukan Allah, hanya 30 keluarga sahaja yang mempercayai Nabi Nuh dan menaiki bahtera Nabi Nuh A.S!

erm SAYA NIE KOSONG, TAKDEK APER APER MUKJIZAT, DALAM BERIBU - RIBU PELAJAR yang di asuh untuk beberapa tahun, agaknya berapa orang yang betul2 berjaya mendidik dirinya sebagai khalifah Allah yang bertaqwa? Fikirlah sendiri.....

No comments: