Saturday, October 10, 2009

Me mylife as Discipline Teacher..... Untold Unfold Stories..

# Kisah budak lembam yg bertanya sifir 7 X 8 ketika ibunya sedang memasak.. bukan bermaksud politik tetapi hendak menggambarkan sistem kekeluargaan itu sendiri... 

Cerita ini diambil dari: Puan Roslina Binti Jantan @ Hussian. Penolong Pengurus Jabatan hal Ehwal Murid Universiti Kuala Lumpur BMI


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dihendakiNya, (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
AL BAQARAH: 269


BUDAK: mak, mak, 7 X 8 berapa?
Ibunya sedang sibuk memasak, maka ibunya termelatah dan terjawab "opss, pergi kau!"

Budak itu mencatit jawapan ibunya.. kemudian dia tidak puas hati lalu ditanya pada ayahnya yang sedang khusyuk membaca suratkhabar tidak mendengar soalan si anak.
BUDAK: Ayah, ayah 7 X 8 macam mana jalan kerjanya?
AYAH: Tun.... (Ayah membaca headline tentang seorang pemimpin yang berkaliber)...

Budak ini tidak puas hati lalu bertanya kepada abang yang leka bermain PS2.

BUDAK: Abany, abang... 7 X 8 apa formulanya?
ABANG: Yes, let's go! (mengajuk perkataan yang tertera di skrin tv saiz 49 inci ketika sedang asyik bermain PS4)...

Budak ini mencatit jawapan, kemudian bertanya kepada kakaknya yang sedang makan aiskrim perisa coklat...

BUDAK : kakak, kakak... 7 X 8 apa jawapannya?
KAKAK: Nak? (sambil mengacukan ais krim).. adik menggelengkan kepala. Mencatit jawapan yang diberi kemudian bertanya soalan lagi...

BUDAK: Kakakkk, 7 X 8 berapa? Itu sahaja ke jawapannya?
KAKAk: Sedapnyer (sambil menjilat aiskrim)..

Keesokan harinya budak tersebut dengan confident dan bangganya pergi ke sekolah kerana dapat mencatit banyak jawapan...

Cikgu bertanya: Sudah siap kerja rumah semua? Siapa yang nak beri jawapan ini 7 X 8 berapa?
Budak ini mengangkat tangan dengan penuh gaya "Pergi kau!" (mengajuk maknya)

CIKGU: Siapa ajar awak nih?
BUDAK: Tun (mengajuk ayahnya)

CIKGU: Pandai loyar buruk yer, saya hantar awak ke bilik guru disiplin baru tau.
BUDAK: Yes! Let's go! (mengajuk abangnya)

CIKGU: Awak nak kena rotan?
BUDAK: Nak? (mengajuk kakaknya yg sedang makan aiskrim)
Cikgu matapelajaran pun bawalah dia ke bilik guru disiplin. Selepas dinasihat dan dirotan, tau apa jawapannya?

CIKGU: Lain kali jangan buat loyar buruk lagi dan siapkan kerja sekolah. Apa alasan awak?
BUDAK: Sedapnyer... (mengajuk kakaknya..)

Pening jadi guru disiplin macam nie...




MORAL:

# Melaksanakan kewajipan mengikut hukum syara' bukan  tanggungjawab total seorang guru disiplin. Seorang guru  seperti saya sentiasa mencuba sehingga tercapai satu dimensi yang terbaik.  Namun kejayaan seseorang individu itu terletak di dalam sebuah keluarga sebenarnya. Anak - anak ini secara total 7 atau 8 jam berada di sekolah. Proses pembentukan sahsiah yang sebenar bergantung kepada sebuah insititusi keluarga yang baik dalam masa 16 jam berikutnya!. Ianya melibatkan seluruh ahli keluarga dan inisiatif pelajar itu sendiri untuk menjadi anak yang baik.
Me as discipline teacher?..... Concluded that:

Ada anak didik yang baik... ahli keluarganya?... 
hemm Alhamdulillah...
Ada anak yang bermasalah?... keluarganya? 
hemmm alah.... alahai...

Ibu bapa dan guru perlu mengukuhkan ukhwah. Hubungan yang baik sangat diperlukan bagi sama - sama membentuk perkembangan pendidikan anak - anak generasi Z ini ke arah yang lebih baik...
Dialah yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “mutasyaabihaat” (yang samar- samar , tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecederungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang di sukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya (tafsir maksudnya yang benar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata : "Kami beriman kepadanya , semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran . Ali' Imran : 007


(Dont always ask me why, please tell me how, Nur Artika: 2009)

No comments: