Sunday, May 15, 2011

Yesterday...... When we thinks big.... and assume big... there was out there "Biggest" than us..

Hari ini merupakan Hari Guru. Namun siapakah guru kita yang sebenar?

P.e.n.g.a.l.a.m.a.n.
Kelmarin, saya menjalankan tugas hakiki saya di sebuah tempat (yang tak sepatutnya ia dijalankan di situ). 

Pada mulanya saya sangkakan semuanya akan berjalan dengan baik. Namun siapalah saya untuk melawan takdir Allah. Saya dikehendaki menjadi pengacara bagi suatu program yang sangat besar, namun keadaan tempat tersebut tidaklah membolehkan acara sedemikian dijalankan. Saya cuba bersabar dengan karenah pengiring perserta - peserta acara. Dalam hati ketika itu memaki kebodohan saya untuk terus berada di situ.
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari
Seawal pukul 6:00 pagi saya sudah bersiap sedia memasang signboard (yang saya sangka besar, tapi sayangnya ianya sangat kecil ketika hari acara berlangsung, dan saya akui itu silap saya). Pukul 7:30 pagi hanya saya di tempat tersebut dan beberapa peserta. Dengan pintu tempat tersebut yang berkunci, tiada pengarah program atau pihak atasan! Ini acara tadika atau acara yang besar! What the hell they  have thinking! Akhirnya 8:30 pagi barulah sampai manusia yang saya tunggu - tunggu. Acara pun berjalan. Namun saya amat kecewa dengan tempat yang dipilih oleh penganjur. Takkanlah penganjur tidak meninjau keadaan tempat itu sesuai atau tidak. Saya merapati beliau dan membisikkan beberapa tempat yang saya fikirkan sesuai untuk menjalankan acara itu di masa akan datang. Dan lagi yang saya amat kesalkan ialah, beliau tidak bertanya kepada orang yang lebih arif dengan selok belok perihal perkara seperti itu. Lagi saya kesal, orang yang sepatutnya membimbing beliau dengan baik, menuding jari dengan bersahaja. Sungguh tidak bermoral!

Sedang acara separuh berjalan, beliau memaklumkan kepada saya, sebahagian acara akan dijalankan ditempat lain. Saya pun mengumunkan perkara yang sepatutnya saya umumkan kepada peserta (dengan tanggapan beliau telah berjaya mendapat sebuah tempat yang lebih baik). Ketika separuh lagi perjalanan program, saya terkejut bila mendapat tahu tempat itu bukanlah tempat yang saya harapkan. 

Sekali lagi saya diajukan dengan pelbagai persoalan oleh peserta - peserta yang merungut - rungut. Kemudian datang pula masalah baru, yang mana ada pula program lain yang akan menggunakan tempat itu sedangkan program kami sedang berjalan. Ketika itu temperature saya sudah sampai ke tahap maksimum. Saya malu menjadi sebahagian penganjur program tersebut. Program besar, tapi pengendalian tidak profesional dan sepertinya mengambil mudah beberapa perkara. Akibatnya saya mengamuk kerana "orang tertentu" ambil mudah beberapa perkara dan lepas tangan. Hilang rasa respect saya pada beliau kini dan selamanya.... And I confessing my mistaken, how about them?

But how many of us can honestly confess? Are we ready to take that leap of faith? Many things had happened and have energy of its own, ermmm... it is important to always think big. As yesterday, makes me have it in mind to always advise people to believe in themselves that they should think big and positively always. Hmmm, Today, still thinking... that, am I always remember that the secret of success is passion?

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Oh Allah, please forgive me for what ever I have done!

No comments: