Sunday, May 29, 2011

Perkhemahan PERKASA 2011 & PERDANA 2011

1 Hari yang huru hara!

“Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…"Surah al-Baqarah 185
 
Sepatutnya kuliah pertama hari ini untuk semester MEI 2011... Erm tak dapat menghadirkan diri ke semua kuliah untuk semester ini... Sedeyyy, kerana perlu bertugas pada setiap minggu 2, 4 dan 5 setiap bulan... Almaklumlah guru mana pernah bercuti semasa cuti sekolah.. ada saja tugasan... Perkhemahan lah (panjang gunung tue, aduyaiii), Kursus Balance Score Card lah, Kursus Profesionalisma la... dan macam - macam lagi pada setiap minggu 2, 4 dan 5... Erm Berdoa pada Allah agar dapat menghadiri semua kuliah yang lain pula (andai ada, tapi malangnya tiada). 

Penting menghadiri kuliah untuk membina motivasi kepada diri... 


Hari ini juga aku bertugas sebagai guru pengiring dan petugas di Tapak Perkhemahan Rimba Komanvel, Rawang (2 hari, 1 malam) untuk mengawasi lebih kurang 350 pelajar tahun 4, 5, dan 6... Penat sungguh walaupun sehari.......





Info 1:  Bangun untuk solat subuh, cermin mata hilang! Memandu 30km/j di terowong SMART kerana masalah penglihatan (rabun jauh dan silau yang sangat tinggi!) pada pukul 6:15 pagi.. Tiba di Bangi 8:30 pagi untuk hantar Sofea kepada "mama nenek"nya.. huh.. ... Track record pemandu berhemah!..
"Ayat Sofea: Ibu, kenapa kalau ayah drive, kakak rasa terowong (SMART) ni pendek je. Kenapa hari ini akak rasa terowong ini panjang sangat dan besar sangat"
"Ibu: Kakak, sabarlah yea. Ibu memandu perlahan sebab ibu perlu berhati - hati ketika memandu"  erk... sebenarnya ibu tak nampak jalan....
Info 2: Tertinggal IC dan purse di dalam kereta atuk Sofea (sebab beliau tolong hantar saya ke kedai cermin mata), memandu sehingga ke destinasi tanpa menyedari tentangnya di tengah mlm...

Info 3: Lensa kanta cermin mata tiada stok di semua kedai cermin mata! Terpaksa pakai "power" yang lebih rendah buat sementara! Sudah booked! Esok mungkin dapat cermin mata sebenar!


Info 4: Bertekad dan cekal memandu seorang diri ke Rawang selepas selesai semua urusan di waktu malam... (Enchek Hubby out-station)....


Info 5: Berpusing2 di kawasan yang sama 3 kali tanpa menemui laluan masuk ke tapak perkhemahan...Gelap sungguh,.. tiada lampu jalan!



Info 6: Akhirnya: "Seorang guru telah diselamatkan oleh encik2 polisi yang baik hati dan prihatin pada pukul 12 malam"... Telah di'escort untuk sampai ke tapak perkhemahan.... Terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak... Betul - betul berkhidmat untuk masyarakat...... (",)


Info 7: Lutut menggeletar kesejukan dalam air-cond.... Fobia untuk membuka tingkap la katakan, pengaruh TV!.......

Info 8: Terbaring dalam hutan dan mengalami kesesakan nafas ketika jungle- tracking... Sungguh mencabar pendakian ini... Tiba - tiba jantung saya gagal berfungsi dengan baik dan saya hampir pengsan!


p/s: Over-limit! Hari saya telah melaksanakan tugas melampau kemampuan. Selain menunaikan tugasan hakiki, saya ingin mencabar kemampuan diri. Ternyata keupayaan manusia itu terbatas andai Allah tidak izinkan .. Namun semuanya masih di atas landasan kelemahan diri sendiri!... 

Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. So, yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.

No comments: