Sunday, May 15, 2011

Penyimbah Asid Diburu!

Berhati - hati dengan Penyimbah Asid Bermotor di Wangsa Maju & Kawasan Kuala Lumpur. Mangsa seorang pelajar sekolah rendah Seksyen 10 Wangsa Maju telah di simbah asid. Bersyukur ke hadrat, anak kecil tersebut tidak cedera parah walaupun asid tersebut mengenai muka dan baju sekolah beliau. Sila hantar maklumat kepada pihak berwajib jika mendapati orang mencurigai.

 
Suspek: seorang pemuda berusia lingkungan 20-an, disyaki pesakit mental. Sasaran: pelajar perempuan, guru perempuan dan ada juga pasangan (couple) warga Ireland... Serangan secara rawak.
Psychologically: Sasaran awal memang kanak - kanak yang tidak berdaya melawan sebagai percubaan. Pastinya suspek akan mengulangi perbuatan di tempat yang sama atau kawasan sekitarnya dengan sasaran mangsa kriteria sama sehinggalah dia mendapati sasaran lain lebih mendatangkan kepuasan kepadanya. 

Mengikut pemerhatian saya: Suspek aktif sekitar waktu 3:00pm, 5:00 p.m dan 9:00 p.m. Jika di analisis waktu - waktu ini adalah waktu di mana mungkin beliau aktif selepas waktu rutin beliau (makan @ tidur).. Dan waktu - waktu ini adalah waktu di luar waktu sibuk.
Ya Allah lindungilah kami, dan anak - anak kami..... Semoga pihak berwajib dapat memberkas suspek segera..... 

Allahu Akbar.
 

No comments: