Friday, April 22, 2011

Chicken Pox, cacar air, pelentung ntah hapa - hapa lah... Panduan untuk ibu bapa...

Morning, hantar Si Kecil ke Sekolah...
Suatu pagi saya hantar anak ke sekolah dengan ciuman manja kepadanya. She was so happy. Pulang ke rumah pada waktu petang dengan keletihan. Melihat saya keletihan, pantas saja Enchek Suami mencapai kunci kereta untuk mengambil si kecil dari sekolah. Terlintas dihati, takkan  saya kejam sangat nak biar Enchek Suami kesayangan makan seorang diri. So, saya pun berpura - pura tidak penat dan ingin sangat menemani beliau makan bersama - sama anak kecil kami. Walhal, aduyai macam nak tercabut tulang dengan isi rasanya. Erk, fikir positif, dalam masa yang sama boleh bercanda berdua - duaan di dalam kereta, kan?... hahaha

Evening, 3:30 p.m fetch-up Si Comelku
Sesampai di perkarangan sekolah si kecil, si kecil berlari mendapatkan saya dan menunjukkan kakinya yang berbintik - bintik gelembung kemerahan dan seolah - olah melecur kena bara api. Si kecil merengek "Kakak kena gigit semutlah, ayah". Enchek Suami yang sangat peka dengan anak kesayangannya menoleh kepada saya, "Nampak macam bukan kena gigit semut nih, macam chicken pox saja sebab berair". Aduhai tersentap jantung saya sekejap. Adui takutnya memikirkan si kecil ini yang akan menggaru - garu dan menangis kerana kegatalan. "My child has chickenpox!" My hubby looked at me and said, "Let ask our doctor for confirmation"... Dalam perjalanan, saya berdoa. Hopefully my hubby will wrong, but, all neurons inside my brain keep telling me it is always true. Oh yeah, thanks to my science's knowledge. 

4:00 p.m at the clinic.
What should I do? ... Macam mana really be sure it's chickenpox?..  Seingat saya, 7 hari lepas ianya starts off with a few red spots, aduhai, mistaken thought sebagai insect bites!.
Chicken pox on her head.... a lot!
a tiny blisters in her mouth.... ohh, chickenpox in her mouth may make drinking or eating difficult..... am struggling to get her to eat anything.... :( 

Went to the clinic nearby, and the doctor said, "No doubt, this is what we call first kiss".... 
Second doubt, "1st kiss never been so nice huh?"....
Deep tensed! My little daughter keep saying itchy,.. itchy... itchy... ! Ohh,so I surfed the internet and wanna  find some useful tips on reducing these bumps and making them fade over naturally.... Those bumps seems keep on growing well.. hmmm
Surfed the net. Sesetengah bloggers kata guna Pandan Wangi or Pandan Serani. I go with aloe vera and few of them except air kelapa! I trust my doctor more rather than experimenting my daughter!.  And most important thing: our doctor said, jangan minum air kelapa, kerana ia akan menggiatkan pertumbuhan virus tersebut yang akhirnya menginggalkan parut - parut kekal yang membuatkan kulit tidak cantik!
So as a science teacher, I found that virus chicken pox ni coated dengan certain amino acids and bla bla... In general air kelapa pula mengandungi unsur nitrogen a.k.a protein dari beberapa unsur asid amino, seperti alanin, sistin, arginin, alin, dan serin and bla bla.... So, bila kita berikan anak kita minum air kelapa, kita berikan medium yang sangat equilibrium a.k.a sangat sesuai untuk virus ini membiak! Sudah tentu saya takkan benarkan tubuh anak saya yang comel jadi medium kultur yg sesuai untuk virus cacar air ini!
Going to pharmacy, say Hello to my friend....Bila si kecil mula menangis kegatalan. Saya tengok botol, alahai 5% calamine dan 1% zinc oxide. So, Enchek Suami pergi ke farmasi (dengan arahan saya, pada kadar segera hehehe) untuk membeli calamine yang lain dengan kadar peratus yang lebih tinggi. Jangan risau, kalau untuk external medication tak bahaya pun untuk anak kita. So kami jumpa dengan kawan kami di farmasinya (dah jadi kawan baik sebab selalu beli ubat dan pernah beli perkakasan nebulizer dengan beliau ketika si kecil memerlukan rawatan pneumonia, yea lah kami saja yang beli mesin nebulizer tue di farmasi (dengan suggestion dari doktorlah, erm mungkin boleh tulis untuk entri akan datang), orang lain pergi ke hospital je untuk ambil ubat, tak apalah berkorban sedikit untuk anak, kesihatan anak kebahagiaan buat kita, kan). Lagi satu saya suka beli barang yang lengkap dengan explanation, dan kawan kami tue pula suka dengan aku yang suka explain something about science. So, kawan kami tue suggested kami calamine yang strong dengan 15% percentage of calamine, 5% mint dan 1% zinc oxide. Let me  explain to you all pula ya. Calamine tue fungsinya untuk mengurangkan kegatalan, mint pula berikan kita rasa berangin (penghidap chicken pox disarankan sentiasa berada dalam keadaan sejuk untuk meredakan radang dan mengurangkan kegatalan), dan zinc oxide pula penting untuk memudahkan penyerapan ubat tersebut. 
Doctor instructions:
Si comel saya tu, pantang dengar cakap doktor. Terus saja melekat dimindanya nasihat doktor,
1, jangan minum air kelapa
2. minum antibiotik
3. minum ubat campak (anak saya suka sangat sebab perisanya sedap.. n kurang manis)
4. sapu calamine (tak pernah lap calamine dia, lagi tambah sapuan setiap hari adalah... hehehe)
5. jangan makan benda berminyak (ala - ala pantang masa bersalin)
5. jangan mandi buat sementara waktu (kerana  virus boleh berjangkit atau merebak melalui air dan udara), takut bertambah populasi virus nih.... erm selepas seminggu saya mandikan anak saya dengan Dettol.... pastue sapu calamine. Alhamdulillah cepat kering. 
My mother pesan jangan memasak goreng - gorengan di rumah. Almaklumlah, bila kita memasak sebenarnya bahang kepanasan itu akan meningkatkan suhu rumah kita (anak kita pula tak boleh bahang panas). Masak sekadar porridge atau sup sajalah untuk si comel. Kesian dia, mulut dia pun ada chicken pox tue.... Masak pizza penuh cheese (sebab dia suka sangat) pun, dia tak lalu makan.  Mujurlah hari ke-10 tue dia dah bertambah sihat......
My advise: 
1. potong kuku anak agar pendek dan kemas... (almaklumlah dia selalu menggaru)
2. basuh baju dia berasingan & dengan antiseptik (Dettol) untuk membasmi semua kuman
3. walaupun tak mandi, tukar baju bersih dengan kerap
4. beri makanan yang lembut. 
         Cadangan hari pertama: Bubur sup kentang & daun sup
         Cadangan hari kedua: Bubur sup lobak & daun sup
         Cadangan hari ketiga: Bubur sup ..... & daun sup
         Cadangan hari.......: masak lasagna ok gak..... hehehhe
5. biasanya dia akan menangis gatal.. gatal... Pujuk dia dengan menyapukan calamine di tempat yang gatal. Biasanya dia akan tertidur dan terlena dengan usapan kasih sayang... Pakaikan dia baju dari kain sutera (saya dah korbankan baju sutera saya untuk buat selimut si comel). Sebab kain sutera lembut dan sejuk.
6. kalau dia dah bersekolah,.. katakan ini adalah ruang untuk dia berehat.... takut menjangkiti orang lain dengan kegatalan yang dia sendiri tak tahan. 
7. Memandangkan kami ingin sangat anak kami sembuh, suami menyedekahkan 24 botol air mineral ke surau tempat yang biasa beliau berjamaah, memang rutin kami kalau anak demam. Air mineral itu sifatnya jernih, sejuk, tenang dan juga sihat. Kami berniat dan bermohon kepada Allah semoga anak kami segera sembuh dan pulih seperti sediakala dengan izin Allah selepas kami berusaha dengan berbagai cara. 
Bila anak kita akan ke sekolah?
Alhamdulillah, seminggu pertama suami bercuti menjaga anak, minggu yang kedua, saya pula menjaga anak kesayangan kami. Minggu ketiga kami tak putus berdoa keruping dia cepat kering. Dia sudah kembali bersekolah selepas lebih kurang 20 hari dari mula jangkitan dikesan. Bila keruping dia sudah tanggal itu bermakna imuniasasinya sudah meningkat baik dan dia sudah boleh ke sekolah. ASK YOUR DOCTOR. Kalau masih ada gelembung dan masih berair, dia masih TIDAK BOLEH ke sekolah kerana cairan dari tubuhnya masih boleh menjangkiti orang lain.. 
Say peace to chicken pox....  Ni hari ke-2, lepas seminggu sehari setengah botol calamine disapu kat badan anakku ini. Masa demam memang dia akan minta selimut. Tetapi sebaik - baiknya bila dia tertidur, biarkan dia tidur tanpa selimut (tutup dada saja) supaya keruping mendapat angin dan mudah kering juga kurang berpeluh.
JANGAN LUPA BERDOA KEPADA ALLAH..... Sesungguhnya semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. (",)
 
 
         

3 comments:

Anonymous said...

hello, saya tgh kena cacar air dan saya byk surf the net for info. saya nk komen sket pasal penggunaan air kelapa. Mmg tujuannya nk keluarkan semua virus tu, sebabnya, virus ini boleh stay dlm badan sampai bertahun2, dan dlm situasi tertentu boleh kluar balik, dan jd lebih teruk dan x terubat. baik keluarkan semua, dan berparut sedikit(boleh pakai losyen, pulihkan) dari kena yg lebih teruk di masa hadapan. Sumber ni dari orang putih punya discussion, hanya nk bagitau...:-
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20061009092401AAQSc8E

Anonymous said...

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20061009092401AAQSc8E baca komen dr Lanamoon, komen ke-14 dr atas

Science Teacher said...

Jazakallahu hairan kathira... Atas info.. Alhamdulillah selepas 2 minggu anak saya benar2 sembuh.... Mungkin pembaca yang lain boleh gunakan maklumat tersebut... (",)