Saturday, October 30, 2010

Consistency.... a simple word, ain't ease..

Alhamdulillah, kini ana dalam proses melengkapkan diri dengan meneruskan Pengajian dalam Islamic Management.

Kenapa Islamic Management sedangkan dulu ambil Bsc.Ed? Panjang ceritanya... dipendekkan cerita kita hanya manusia biasa. Allah yang merancang semuanya, kan. Namun sebagaimana manusia ana tidak menyerah kalah. Mungkin inilah pathway yang ana harus lalui kini demi mendidik anak - anak bangsa.

DI kad pengenalan kita memang Islam, namun sejauh mana kita Islam? Sejujurnya pendakian diri ini mencari redha Ilahi masih jauh dan panjang. Dengan mengikuti kursus ini ana berharap ana dapat menyalurkannya kepada anak didik. Kalau dulu ana mengajar English dan Science. Mungkin satu masa nanti ana dapat mengajar mereka Mata Pelajaran Addiniah pula. Itu harapan ana.

Hadis Pertama dari Hadith 40.
Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Hadith Pertama
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanya sanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Inilah dinamakan penghijrahan. Dari satu tahap kita akan berhijrah kepada suatu tahap yang lain. Bersyukur ana kepada Allah kerana mengurniakan pengakhiran dalam perjalanan kehidupan yang baik. Namun final ending belum pasti lagi. Mohon Allah dorong kita ke arah yang lebih baik kerana ana dahulunya bukan seorang yang terbaik. Namun rugikah kita untuk menjadi lebih baik? Tidak bukan.

Ana juga berdoa Allah kurniakan ana hidayah yang berterusan. Berterusan rindu kepadaNya, berterusan beramal kepadaNya, berterusan melakukan amalan baik. Sesungguhnya mudah merencana, namun membina kekuatan hati Allah jua yang mengetahui. Ana akan sambung mengenainya dalam entry berikutnya...

http://sakinah.8k.com/artikel/hadis40.htm

No comments: