Friday, October 1, 2010

Kisah Benar :Kisah hantu di sekolah Al Amin.... Semua ibu bapa patut baca!

Kisah Benar!!


Jam 11:30 pagi di hari Jumaat yang redup...
Seorang bapa menemui Mualimah Azalina yang bertugas sepanjang minggu lepas dan berkata,
"Cikgu, anak saya tak mahu masuk ke dalam dewan. Ada sesuatu di sana.."

Mualimah Azlina Mohd Anas menenangkan si ayah,
"Encik, tiada apa - apa di sana. Tinggalkan sahaja anak encik di sini dan sekiranya ada masalah barulah kami akan menghubungi encik.. "

Si ayah: "Betul cikgu! Saya sendiri ada perasaan tidak sedap hati jika saya masuk ke dalam dewan. Sebab di dalam kelas dia okay. Tiada masalah. Cuma di dewan sahaja dia menangis - nangis tak mahu masuk.. Saya nak jumpa guru besar, supaya sesuatu dapat dilakukan.. Baca Yaasin ke.. apa - apa sahajalah "

Azalina: "Percayalah encik, minggu pertama pertama ini merupakan minggu penyesuaian. Dia sudah mula mengenali rakan - rakan di dalam kelas, jadi dia okay sahaja di dalam kelas. Tapi apabila masuk ke dalam dewan dan rasa tidak selesa mungkin kerana dia berjumpa lebih ramai orang baru yang dia tidak kenali dan mula merasa tidak selesa.."

Si ayah : "Tidak! Dia memang takut nak masuk ke dalam dewan.. Ada sesuatu di sana.. There was something.."

Azalina mula hilang sabar dan bimbang perasaan tidak terkawal ditambah pula dia harus segera ke berkejar kelasnya; lalu berkata "Terpulanglah kepada encik, buatlah mana yang terbaik untuk anak encik. Saya minta diri dulu".. Di dalam hatinya sedikit rasa terkilan dengan tindakan bapa tadi kerana tidak percaya kepada kemampuannya dan pihak sekolah...

Guru besar dan mualimah Zaleha Daud berusaha memujuk pelajar itu. Dan akhirnya pelajar itu solat di dalam pejabat dengan ditemani penghawa dingin yang baru dibeli pihak sekolah. Nyamannn....


Pada petang tersebut ketika semua pelajar berlumba - lumba ingin menunaikan solat asar. Seorang guru, mualimah Nur Artika Binti Abas telah terjumpa pelajar itu yang sedang menangis di luar dewan... Jeng ... jeng... jeng.... (drum please!)


Nur Artika Abas (NAA) bertanya kepada pelajar yang sedang menangis tersebut dan kelihatannya pelajar itu tidak mahu menyertai rakan - rakannya yang sedang solat.. Sekali pandang, pelajar ini memang comel, kulinya putih gebu dan tubuh badannya ada seiras Azhari yang cemerlang dalam pelajaran tahun lepas. Ohh yaa matanya sepet sedikit dan sememangnya ada iras Azhari Azizi..

N.A.A : "Sudah ambil wudhu? Jom masuk solat!"

Pelajar yang comel dan gebu itu menjawab : "Sudah, tapi saya tak mahu masuk ke dalam dewan. Saya rasa takut dan sedih bila solat dalam dewan. Saya nak solat dalam office sebab kat sana sejuk dan tenang.. Saya tak tahu kenapa saya rasa sedih bila solat ramai - ramai."
N.A.A tersenyum dan sepertinya sudah tahu masalah pelajar ini sebenarnya.. (Pengalaman lalu (bagai sebutir beras je pun) telah banyak membantu...
Anak didik yang gebu itu memulakan ceritanya..... Sekali - kali NAA mengangguk - angguk kan kepala.... fahamlah NAA kini...

NAA: "OOhh, macam tue ke?" NAA sudah tidak dapat menahan tawanya.. Maka ketawa berdekah - dekah di dalam hati. Namun, wajah dan nada NAA masih lagi 'control' serius. Almaklumlah jadi guru displin ini kena bersifat multiprofesional.. polis, pelukis, atlet, warden penjara, pelakon, pelawak, badut, ahli magis, jurutera dan lain - lain semua kena boleyy...

Back to the story,...Pelajar itu mengulangi kata - katanya yang tidak mahu solat di dalam dewan,

Pelajar: "Saya tidak mahu solat di sini, saya nak solat di dalam office. Kat sana saya tak sedih sangat. Kat office sejuk je. Saya rasa tenang solat di dalam office..." (Apa taknya ada ai-cond!)
NAA memegang bahu pelajar terbabit dan mendorongnya masuk ke dalam dewan, Ideas.. ideas... bling bling bling, my synapse and neurons was working:
NAA: "Kamu tahu kenapa kamu takut masuk ke dalam dewan?" Pelajar comel itu menggelengkan kepala.

NAA: "Kamu sayang pada Allah dan keluarga?".. Pelajar itu mengangguk..

NAA: "Sebenarnya kamu tidak sedar apabila kamu bersolat, kamu menyerahkan seluruh jiwa kamu kepada Allah. Sebab itu kamu rasa takut dan sedih. Kamu Ikhlas ketika solat sebenarnya berbanding rakan - rakan kamu. Solat kamu budak - budak yang masih mumayyiz ini, yang ikhlas, tiada hijjab antara kamu dan Allah. Solat yang ikhlas berupaya membimbing kita menjadi hamba Allah yang baik. Masuklah ke dalam dewan dengan hati yang ikhlas. Itu sudah cukup baik untuk kamu berbanding kawan - kawan kamu yang lain."

Pelajar itu dengan perlahan - lahan masuk ke dalam dewan dan NAA memerhatikannya dari jauh.. Sememangnya dia melakukan solat dengan khusyu' berbanding kawan - kawan lain (kawan - kawan yang seusia dengannya sibuk mengganggu kawan lain disebelah mereka. Cuit kawan sana, cuit kawan sini. Tak kurang juga yang menggoyangkan badan sepertinya nak menari pun ada.! hehehehe.. NAA memerhatikan pelajar comel ini dari balik pintu. Walaupun ditolak oleh rakan di sebelah kanan dan kirinya dia tetap memandang tempat sujudnya dengan tenang. Dia telah temui dirinya.....

Kesimpulannya: rakan - rakan ibu bapa bloggers sahabat sekalian, jangan sesekali mengiyakan kata - kata anak - anak kita membuta tuli. Siasat dulu punca dan sebabnya. Mesti ada sesuatu dalam diri anak - anak ini, yang mana kita sebagai ibu bapa tidak dapat merungkainya. Kadang kala, anak - anak ini memerlukan orang tengah seperti kes di atas (walaupun secara kebetulan..). Pelajar tadi sebenarnya bukanlah terjumpa hantu tapi dia merasa sedih dengan bacaan Alfatihah, surah dan doa beramai - ramai. Apatah lagi sebelum solat biasanya semua pelajar akan membaca Sayyidul Istighfar sebelum membuat saf kerana menunggu semua pelajar yang lain selesai mengambil wudhu dan dalam keadaan bersedia untuk solat. Bacaan Dzikir beramai - ramai ini membuatkan hati pelajar tadi sedih dan terusik.. Samalah kita jika menunaikan haji.. Perasaan sedih pasti timbul (Pengalaman rakan -rakan yang pernah menunaikan haji).... Anak - anak yang masih lagi di dalam proses transisi ini memerlukan sokongan ibu bapa untuk membentuk jatidirinya. Tak perlu tunggu anak - anak di sekolah di tepi kelas, kantin atau dewan. Tinggalkan sahaja mereka di sekolah dengan penuh tawaqal pada Allah. Jika kita Ikhlas dan Redha.. Percayalah Allah akan melindungi mereka dan mereka akan lebih berdikari..

Yang kedua: Dewan Serbaguna itu merupakan tempat untuk pelajar - pelajar tahun 1, 2, & 3 berlatih dan menunaikan solat dan juga tempat di mana aktiviti Pengajian Al Quran dijalankan.. Sedikit sebanyak ianya juga turut menyumbang kepada suasana yang boleh meruntun jiwa.. Justeru jangan bimbang.. Pelajar ini hanya kurang keyakinan diri. Biasanya anak - anak ini akan dapat menyesuaikan diri selepas 6 bulan.. dan ada juga yang sehingga setahun!.. Semuanya bergantung kepada doa dan kerjasama ibu bapa. Berikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk membentuk jatidiri anak - anak ini...

Yang pasti esoknya si dia menangis lagi... dan guru - guru mengulangi ayat yang sama! Dan ketika si anak ini berumur 28 tahun pasti dia akan tersenyum sendirian apabila menghantar anak kecilnya yang ketika itu berusia 7 tahun di sekolah ini. Sejarah InsyaAllah berulang!  

p/s: I didn't care what other people talked about me! I do care what will Allah says about me more! I do knew that  there was soft spots inside my heart..... Being a discipline teachers making you unfamous and unpopular.... It depends... Tetapi, setiap kali hari guru, bonet keretaku pasti penuh dengan hadiah. Terutamanya, dari anak - didik yang selalu kena dengan rotanku yang besar (2 cm diameternya, dan ku salut dengan salotape berwarna merah dan biru! Gimik je tue, dari jauh mereka dah nampak rotanku sebelum mereka nampak aku... hehehe, psiko beb, tak payah cakap banyak)

No comments: