Friday, October 1, 2010

"Kad Hari Guru : Ana Sayang Mualimah Walaupun Garang Macam Rimau"

Teachers Day Is Coming Again.....
They said I am stern but friendly..... Very subjective! Tetapi ianya juga satu bonus!...
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. An Nisa:032
Bagus juga anak murid menganggap saya garang.. Kerana saya hanya perlu berdiri di tepi pintu untuk mereka senyap.. 

Sesungguhnya saya belum pernah merasa daging manusia..... (",) hehehe

Januari 2010. 

A new beginning to a journey as a teacher. Even though I have taught at this school for more than 1, 051,200 minutes away!

Setiap guru melahirkan azam baru di tahun 2010 ini.

Tahun in merupakan tahun yang amat saya nantikan bilamana saya tidak perlu lagi menjadi Guru Taadib dan Disiplin sekolah. Saya bercita - cita untuk menjadi guru kelas sebenarnya biarpun saya tahu tanggungjawabnya agak berat juga. Merekod kehadiran, memberi Memo, memastikan kelas sentiasa bersih dan banyak lagi.. saya sukakan kelas yang bersih, cantik dan anak murid yang boleh didekati dengan lebih rapat. Tapi takdir Allah menetapkan akhirnya di Jabatan juga... Walaupun Jabatan yang berbeza...

Pengalaman lalu sedikit sebanyak memberikan saya Ilham dan iltizam untuk menjadi yang terbaik tahun ini. Saya panjatkan doa ke hadrat Allah agar saya dan keluarga diberikan kesihatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun - tahun sudah. Tahun lalu si comel saya diserang IL1 dan Enchek Suami juga  hampir sahaja diserang H1N1. 

Kini, saya pula tak mahu meneruskan rawatan susulan di HKL kerana saya merasa lebih baik sekarang. Alah, bukan apa sangat pun adenoid dan tumor tue.... Lagipun, malas rasanya nak mengharungi kekalutan lalulintas dan kesesakan tempat letak kereta. Penyakit juga merupakan kesan psikologi sebenarnya. Jika dilayan akan lebih parah.. So, saya buat tak tahu saja. Now I feel better... Alhamdulillah..

Di ambang 2010 ini,
saya terkenangkan seorang pelajar yang comel dan chubby... Tengku Sophielea namanya. Seorang pelajar yang comel pada tahun 2007. Kad yang diberikan pada saya sememangnya menjadi satu kenangan yang cukup bermakna. Di dalam kad itu penuh dengan kata - kata tulisan tangan yang ejaannya perlu dibaca berkali - kali. 

Antara bait ayat yang menjadi ubat penawar duka saya,
"Asalamelekom, mualimah. Terima kaseh sebab ajar ana sayens. Ana suka mualimah dan sayang kat meuliamah walau pon mualimah garang cam harimau. Jangan marah, ana gurau je. Tapi mualimah memang garang cam rimau, tapi mualimah baek. Hehehe.. Minta maaf sebab mualimah terpakse bace terpusing - pusing. Ana sengaja.."

Setiap kali
saya 'down', saya akan ingat ayat - ayat ini. Bukan hadiah yang menjadi ukuran. Tetapi kejujurannya dalam melafazkan bait ayat sentiasa dalam kenangan. Kini dia sudah dewasa (tahun 5) dan perangainya dan sifatnya yang kelakar masih tidak berubah...

Tahun 2009, tahun yang menyaksikan
saya banyak mengalirkan airmata. Bukannya setakat dengan beban kerja tapi juga "panjang akal" anak - anak  didik. Tak mengapa jika kes kecil. Aduhai.. banyak kes yang besar - besar yang menjangkaui akal fikiran.. Sungguh memerlukan kesabaran. Berkali - kali saya terfikir untuk meletakkan jawatan. Berkali - kali juga anak - anak didik yang lain juga parents (3 Jaabir) memujuk saya

Terima kasih kerana kalian saya masih berada di sini... untuk menambah sebuah halaman pengalaman.......
Beban terlerai.....
Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang memberikan saya kepuasan. Baik Faiq mahupun Zaid. Satu perkembangan yang sangat baik. Saya pernah rasa kecewa kerana Faiq selalu tidak membawa buku. Rupa - rupanya dia mempunyai masalah. Tak perlulah saya ceritakan. Cuma saya bersyukur pada Allah selepas saya melancarkan mogok tak mahu melayannya. Dia benar - benar berubah dan cuba menarik perhatian saya. Dan akhirnya saya memberikan beliau tuisyen percuma setiap pagi!

Kasih sayang..... never ended....
Anak - anak ini amat saya sayangi. Yang paling terkesan ialah apabila Amal Najehah dan Fayaddah memeluk saya apabila saya rasa amat memerlukan. Itu pengalaman yang paling indah apabila anak didikan yang pernah saya didik kembali mencurahkan rasa kasih kepada saya. Kini mereka merupakan orang - orang yang sentiasa membantu saya menyiapkan kerja - kerja yang tak mampu saya siapkan sendirian. Seringkali selepas usai sesi persekolahan Tahap 2 mereka akan masuk ke bilik guru dan bertanya "mualimah, ada apa - apa yang ana boleh tolong". Bersyukur rasanya dalam 800 orang pelajar ada 2 atau 3 orang yang solehah seperti mereka.
 
Anak didikku, umpama adik dan anak saya,,,...... A secret of life..
Pernah suatu hari saya diberitakan tentang NXX MXXXXX yang menumbuk rakannya (yang kini sudah pindah ke sekolah lain). Saya memang terkenal dengan sifat yang garang. Jika orang lain dengan gerakan wajah 15' boleh menunjukkan perasaan senyum. Saya perlu menggerakkan wajah 185' baru kelihatan tersenyum. Namun hari itu entah kenapa dengan lindungan Allah, saya tidak memarahinya seperti kebiasaannya. Saya bawa dia ke kelas 3 Jaabir. Kerana disitu lebih privacy. Semua rakan - rakan yang lain telah menunaikan solat kecuali dia.

I am not questioning him even a word. I told another story of others similar to it. Dia hanya tertunduk mendengar satu demi satu butir cerita saya. Dan akhirnya dia terkejut apabila kisah itu adalah kisah saya! Air matanya bergenang namun egonya sebagai budak lelaki membuatkan dia menahan air matanya. Saya mengesat airmatanya yang mengalir laju dengan hujung lengan baju saya Air matanya turun selaju airmata saya. Pantas saya dia menceritakan kisah keluarganya yang sangat pedih tanpa saya pinta.

A time to change, a time to remember.....
Saya mendengar dengan penuh minat dan saya lahirkan harapan agar dia berupaya menjadi anak yang soleh yang dapat mengubah situasi yang ada sekarang. Usai sahaja pertemuan itu, saya bawa dia ke dewan. Saya memintanya mengambil wudhu dan bersolat taubat. Saya mengajarkannya doa dan dia mengaminkannya. Nur MXXXXXXXd, anak soleh, yang sebelumnya "panjang akal" dan sering mengadap. 

Akhirnya beliau sering menjalankan ibadah puasa sunat dan solat sunnah untuk mengawal dirinya dari melakukan perkara - perkara yang tidak baik.. Sehinggakan kawan - kawan yang lain kagum dengan perubahannya... Saya terus berdoa agar anak - anak yang lain akan menjadi lebih baik dari diri kerdil ini...

Sepanjang tahun 2009, saya sentiasa cuba mencari idea bagaimana hendak mentarbiyyah anak - anak ini agar menghormati ibu bapa, guru dan rakan. Alhamdulillah 80% berjaya. Namun ianya bertahan hanya 1 hingga 2 minggu sahaja. Anak - anak ini perlu berulang - ulang kali ditarbiyyah seperti mana saya ketika kecil  hingga dewasa untuk berubah 360 darjah ke tahap ini dengan izin Allah. Saya hanya mampu berdoa agar mereka menjadi lebih baik dari diri yang masih mencari redha Allah ini..

Pembukaan tahun ini sedikit terpalit dengan saya yang hilang mood untuk mengajar akibat "floating classes systems".. Saya merasa 'frust' teramat apabila saya tidak boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Saya juga merasakan masa terbazir begitu saja. Sedangkan pada hari itu Saya telah merancang aktiviti dengan baik. 

Me and perfection....
Mungkin, saya yang selalu "aim perfection" dalam segala hal tidak boleh menerima hakikat apabila sesuatu yang di rancang gagal. Apatah lagi ditambah lagi dengan "perisa" yang tak saya pinta pun. Mungkin juga kibaran bendera Jepun membuatkan saya hilang sabar. 

Rumahku syurgaku....
Mujurlah ketenangan di rumah menjadi ubat penawar untuk saya. Saat berdzikir, saya tanamkan sabar ke dalam diri agar minggu yang akan datang akan saya lalui dengan penuh hikmah dan senyuman.. 

InsyaAllah...

"" The Ice Age" will last till forever!"

Buat anak - anak didik saya yang telah melangkah jauh dan meninggalkan diri ini.. Ingatlah doa saya sentiasa bersama kalian sepertimana doa kalian yang menjadi kekuatan saya...

Semoga kalian terus berjaya di masa hadapan..



 
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

An Nazi'at:044

No comments: