Sunday, November 28, 2010

KURSUS lagi... cuti sekolah,... guru tak cuti tau!

Penceramah:Tuan Haji Shamsul Ma'ariff Hj Ismail)

TAJUK : GURU CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG
OLEH: Hj Shamsul Ma'ariff Hj Ismail
Pengerusi JK Tarbiyyah Sekolah Sekolah MUSLEH


"sebenarnya apa yang dilakukan adalah bergantung kepada niat"

Fakta menarik ketika ceramah ini:
  • mengalirkan airmata ketika merenung diri sendiri mendengar ceramah.. sungguh - sungguh menyentap setulus hati saya yang mencari keredhaan Allah...
  • bagaimana apabila setiap kali saya ingin meningkatkan usaha ke arah yang lebih baik dalam mendidik, ketika itulah Allah menguji, sebagai tanda kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya
  • dari "Faculty of Life" - kertas kerja yg diketengahkan oleh Hj Hasni (Pengetua SMIAAG) dipersidangan OIC dan mendapat tepukan gemuruh dari seluruh wakil - wakil dunia... Di bawahnya terkandung "Faculty of family" > "Faculty of Money Management" > dll...

# Ada pelajar yang dikategorikan sebagai "late groomer"
* Pelajar cemerlang UPSR -> 4 A -> succes -> ttp akhirnya dlm "Faculty of life"?
-> graduat PNGK 4.0 -> jadi doktor, hisap dadah?
-> jadi artis, popular tetapi bercerai berai?
-> jadi engineer, tapi tak hormat ibu dan bapa?

* Pelajar corot UPSR/sederhana -> 1A 2B 1C -> berjaya dlm "Faculty of Life"
-> ketika kecil selalu di buli, di cemuh oleh pak cik makcik...
-> berjaya ketika dewasa menjadi pemimpin
->akhirnya berjaya dengan peluang kedua dan mendapat PNGK 4.0
->kalau tak berjaya sekalipun dialah yg plg menghormati ibu bapa
-> jika sederhana sekalipun dialah yg plg dipercayai ayah dan ibunya
-> menjaga ibu dan ayah dgn ikhlas ketika sakit...
->yang akhirnya berjaya dunia dan akhirat.
-> membawa bekalan yg plg banyak utk diberikan kpd ayah dan ibunya
di alam barzakh...


# yang manakah corak anak kita? Kita yang tentukan...

# Hadith Nabi s.a.w
" ...manusia ibarat seratus ekor unta. Hampir - hampir anda tidak menemui seekor pun yang sesuai utk ditungganginya"
  • manusia ada pelbagai morfology, ada pelbagai numerolgy, manusia ada pelbagai latarbelakang,
    manusia ada pelbagai keturunan dan genetik dll. Tiada seorang pun yang sempurna 100%.
    UNTA: macamana nak bagi sesuai, kena betul latihannya, tempat letak penunggangnya nak duduk selesa, letak hamparan... dll 
  • MANUSIA: sama sahaja-> tarbiyyah dan halatuju mesti betul dan istiqamah..

# Muhammad Fattullah Holland... mempunyai 400 buah sekolah diseluruh dunia yang diselenggarakan dengan baik... Sekolah2 ini ditaja oleh Billionare Indonesia bernama Kharisma Bhangsa... (info ini akan dikemaskini kemudian...)

# Omar Al Khattab RA berkata kepada sahabatnya...
"Impikanlah!.. Aku menimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL (lelaki) seperti Abu Ubaidah al Jarrah,
Mua'adz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Hudzaifah).. lalu aku meminta tolong dari mereka untuk
meninggikan kalimah Allah"

Siapa mereka?: para tabi'in yang kurang popular.. tetapi diangkat dgn kemuliaan!

# Justeru anak - anak jenis apa yang sistem pendidikan MUSLEH ingin lahirkan secara umum?
1) hormat guru
2) hormat ibu bapa; mempunyai adab dengan ibu bapa
3) rajin, ikhlas membantu ibu, ayah, masyarakat
4) sentiasa mengamalkan solat jamaah
5) basah lidah dgn zikrullah
6) bertemankan Al-Quran di mana sahaja
7) berkepimpinan hasil muqayyam yang diikuti...

# matlamat MUSLEH,  apa dia?
* berpegang pada allah
* berfikir positif, tanamkan dalam diri pelajar Al Amin. {Cintakan Allah}..
contoh: kalau putus cinta; bunuh diri... bukan! XXXX!
"bila yakin pada Allah, jatidiri akan kuat "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

Kalau gagal; tanam dalam diri "Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya aku meminjam nikmat yang Allah miliki... Ya Allah, seandainya masalah ku besar, besar lagi masalah orang lain dariku. Ya, Allah, permudahkanlah urusanku sepertimana para tabi'in yang telah berjaya dengan apa yang kau milikki"

p/s: InsyaAllah saya sentiasa beringat 
"Aku hanya merasa sesuatu yang Allah miliki, Allah lah yang memiliki sesuatu yang aku rasai" Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan..

No comments: