Thursday, November 18, 2010

Marriage.... marriage across the age?......

Minggu lalu usailah sudah majlis penyatuan kasih antara adikku dan pasangan pilihan hatinya.dalam sebuah majlis meriah yang dihadiri ramai ahli keluarga dan sahabat terdekat. Teruntailah manik - manik jernih dipipiku ini saat dia aqad dan ijab qabul menerima pasangan hatinya. Mutiara jernih yang ingin gugur ku tahan sebaris egoku. Masakan majlis perkahwinan adik lelaki ditangisi sedangkan pernikahannya meriah dan gembira? Hanya syaitan sahaja yang menangisi perkahwinan anak adam.

Perkahwinan adalah sunnatullah, hukum alam dunia. Serta fitrah semulajadi manusia, haiwan dan tumbuhan - tumbuhan. 

Rasulullah saw pernah bersabda"
"Tiada rahbaniyah (hidup membujang) dalam Islam". 
Allah berfirman:
 "Maha suci Allah yang telah menjadikan pasangan - pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan di bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"
( Surah Yasin : 36)
 Fakta dari para saintis mengatakan bahawa semua benda terdiri dari dua pasangan. Misalnya air yang kita minum terdiri daripada dua pasangan oksigen dan hidrogen. Listril ada positif dan ada negatifnya. Semuanya berpegang dengan ayat - ayat di atas dan ada juga ayat lainnya. Antaranya:
"Dan dari segala sesuatu Kami ciptakan berpasang - pasang supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah"
(Az Dzariyat : 49)
Manusia adalah mahkluk yang lebih dimuliakan dan diutamakan oleh Allah berbanding makhluk - makhluk lainnya. Allah telah menetapkan adanya peraturan - peraturan dalam perhubungan yang tidak boleh dilanggar. Manusia tidak boleh melakukan sesuka hati. Meminang sebagai pendahuluan perkahwinan, tentang mahar atau maskahwin, iaitu pemberian seorang suami kepada isterinya sewaktu akad nikah dan sesudahnya. Sesudah dipersetujui aqad tidaklah boleh ia melanggar janji - janji takliq, dan terbataslah ruang bersama - sama rakan - rakan yang dahulunya akrab.


Islam amat menyukai perkahwinan dan segala akibat baik yang bertalian dengan perkahwinan, baik yang bersangkutan, bagi masyarakat mahupun kemanusiaan pada umumnya.



Buat adikku tersayang; 
"Semoga perkahwinanmu ini mententeramkan jiwa kalian, menutup pandangan dari segala yang dilarang Allah, dan menyemai kasih sayang suami isteri yang dihalalkan oleh Allah antara kalian. Semoga talian kekeluargaan antara dua buah keluarga ini akan mengukuhkan ikatan kemesraan sesama kita".
 Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Majah yang beerti:
Diceritakan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda pada waktu Haji Wida' setelah memuji kepada Allah serta menyanjungnya serta menasihati para hadirin:
"Ingatlah wahai umatku! Terimalah pesanku supaya berbuat baik kepada isteri - isteri. Mereka itu hanyalah dapat diumpamakan kawan mu yang berada disampingmu, kamu tidak dapat apa - apa dari mereka selain berbuat baik. Kecuali mereka membuat perbuatan keji yang jelas, maka tinggallah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau mereka taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan menyusahkan mereka.
Ingatlah! Sesungguhnya  kamu mempunyai kewajipan terhadap mereka dan sesungguhnya mereka itu mempunyai kewajipan - kewajipan terhadapmu. Kemudian kewajipan mereka terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk kerumahmu kepada orang yang kamu benci.
Ingatlah! Kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka".
Di dalam suatu hadis yang lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok - oloknya dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur ketika isteri membangkang".
 Bila kupandang wajah adik iparku, persis wajahnya Ina Naim Suhaimi dan adakalanya terlihat pula persis Ramlah Ram. Rasulullah saw bersabda:
"Sebaik - baik wanita adalah yang apabila kamu memandangnya kamu akan senang, apabila kamu perintah ia akan patuh padamu, apabila kamu beri bahagian ia akan menerimanya, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu".
(Riwayat Nasa'i, dan lain - lain).
Ijab dan Qabul adalah lafaz dan semangat yang merupakan ketukan - ketukan kasih di pintu hati pasangan hidup yang senada dan seirama, yang sama - sama menggetar rasa, yang sama - sama memikul senang dan derita. Allah menyerahkan kepada pasangan untuk memilih jalan dan kesudahannya, dan Allah juga telah memberitahu, kita bertanggungjawab penuh dengan apa yang kita lakukan, baik buruknya kita bersama - sama pasangan, kitalah yang kemudikan bahtera di lautan kasih ciptaan Allah swt bersama pasangan kita.....


Ada dikalangan teman - teman yang meminta pandangan perihal perkahwinan walhal diri ini baru setahun jagung mendirikan rumahtangga. Namun sekadar titipan bersama:
"Jika pasanganku marah, masaklah makanan kesukaannya, kerana berlapar itu menambah amarah,"
"Jika pasanganku merajuk, segeralah aku memujuknya, rendahkanlah egoku, kerana memujuk itu  sedekah,"
"Jika pasanganku menangis, sandarkan dia ke bahuku, kerana dari rusuknya aku diciptakan,'
"Jika pasanganku membenciku, redhalah daku kepada Allah, biarpun payah, kerana redha Allah itu lebih barakah, ingatlah saat - saat dia pernah menyayangiku,"
 "Jika sabar itu payah, mengalah itu susah, tersenyum dalam gundah, lebih susah lagi mencari redha Allah. "
Semoga entri kali ini menjadi panduan kepada diriku dan kalian semua.....


Motto hidupku dan suamiku:
"Suami didahulukan, isteri dilindungkan, kasih sayang dilimpahkan, cinta dipaterikan... Semoga kita sentiasa di dalam redha Allah samada di dunia mahupun di akhirat"......
 

No comments: