Friday, November 5, 2010

Syair Nasihat (Nombor 2)

Mengapa perangai terlalu conggok,
Mengerjakan haram tergelak-gelak,
singgah mengacau sembahyang tidak,
Haranah sahaja tidakkah kelak.

Emas dan sutera hendak dipakai,
Dududk bersila jalan berlembai,
Berselendang baju terkadang beredai,
Suka tertawa gelak mengilai.

Mengapa perangai terlalu conggok,
Allah dan rasul seumpama bapa,
Tetapi hitam terlalu tampuk,
Di lubang hidung celak ketiak.

Inilah budak terlalu bebal,
Diam tak diam bapa si Dajal,
Perangai itu jikalau kekal,
Takala maut adalah sesal.

Dijauhkan Allah yang demikian,
Nikmat Allah dilupakan,
Keredaan allah ditinggalkan,
Kebencian allah dikerjakan.

Segala jumlah alam sekalian,
Daripada makhluk lebihnya insan,
Saidatul Mursalin Habiburrahman,
'Ainul Rahmat' Arwasal 'Arfan.

Habibullah akhir zaman,
Kitalah umat yang pilihan,
Ummul kitab itulah Quran,
Kekal sampai ke Darul "Jinan".

Kasih Allah kepada kita,
Daripada tidak dijadikan ada,
"Syamsyi" dan "Qamar" jadi pelita,
bumi terhampar sekalian ada.

Allah berfirman, "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya".
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #25)

No comments: