Friday, November 5, 2010

Syair Nasihat

No 5
Sebab pun ia terlalu jahat,
bangsanya itu daripada dzalimat,
Dikatakan orang anasir yang empat,
Itulah jadi asal tabiat.

Asal iblis demikian juga,
Daripada lidah api yang cela,
Jin dan syaitan beberapa bangsa,
Kebanyakan syaitan kafir belaka.

Sebab pun iblis dikata malaikat,
Asalkan ia terlalu khidmat,
Di dalam syurga berbuat taat,
Dijadikan Adam ia pun murtad.

Iblis dan syaitan sahaja khianat,
Masa dahulu sudah berkhasiat,
Hawa dan nafsu sedianya jahat,
Daya mendaya keempatnya sesat.

Hawa dan nafsu setianya kafir,
Iblis dan syaitan sebab takbur,
Jadilah insan dikata mafrur,
Esok jaga hari nan tidur.

Tidur ini di dalam dunia,
Telinga berlubang mata terbuka,
Lidah pun fasih berkata-kata,
Makan dan minum bersuka-suka.

Di dalam akhirat baharulah jaki,
Telinga tali mata pun buta,
Lidah pun kelu tidak terkata,
Badan pun cengkung dimakan neraka.

Wahai sekalian orang yang bijak,
Bukannya padan bukanya layak,
Mati tidak hidup pun tidak,
Hanyalah sesal hurung dan teriak.

No comments: