Sunday, November 28, 2010

KURSUS lagi... cuti sekolah,... guru tak cuti tau!

Penceramah:Tuan Haji Shamsul Ma'ariff Hj Ismail)

TAJUK : GURU CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG
OLEH: Hj Shamsul Ma'ariff Hj Ismail
Pengerusi JK Tarbiyyah Sekolah Sekolah MUSLEH


"sebenarnya apa yang dilakukan adalah bergantung kepada niat"

Fakta menarik ketika ceramah ini:
  • mengalirkan airmata ketika merenung diri sendiri mendengar ceramah.. sungguh - sungguh menyentap setulus hati saya yang mencari keredhaan Allah...
  • bagaimana apabila setiap kali saya ingin meningkatkan usaha ke arah yang lebih baik dalam mendidik, ketika itulah Allah menguji, sebagai tanda kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya
  • dari "Faculty of Life" - kertas kerja yg diketengahkan oleh Hj Hasni (Pengetua SMIAAG) dipersidangan OIC dan mendapat tepukan gemuruh dari seluruh wakil - wakil dunia... Di bawahnya terkandung "Faculty of family" > "Faculty of Money Management" > dll...

# Ada pelajar yang dikategorikan sebagai "late groomer"
* Pelajar cemerlang UPSR -> 4 A -> succes -> ttp akhirnya dlm "Faculty of life"?
-> graduat PNGK 4.0 -> jadi doktor, hisap dadah?
-> jadi artis, popular tetapi bercerai berai?
-> jadi engineer, tapi tak hormat ibu dan bapa?

* Pelajar corot UPSR/sederhana -> 1A 2B 1C -> berjaya dlm "Faculty of Life"
-> ketika kecil selalu di buli, di cemuh oleh pak cik makcik...
-> berjaya ketika dewasa menjadi pemimpin
->akhirnya berjaya dengan peluang kedua dan mendapat PNGK 4.0
->kalau tak berjaya sekalipun dialah yg plg menghormati ibu bapa
-> jika sederhana sekalipun dialah yg plg dipercayai ayah dan ibunya
-> menjaga ibu dan ayah dgn ikhlas ketika sakit...
->yang akhirnya berjaya dunia dan akhirat.
-> membawa bekalan yg plg banyak utk diberikan kpd ayah dan ibunya
di alam barzakh...


# yang manakah corak anak kita? Kita yang tentukan...

# Hadith Nabi s.a.w
" ...manusia ibarat seratus ekor unta. Hampir - hampir anda tidak menemui seekor pun yang sesuai utk ditungganginya"
  • manusia ada pelbagai morfology, ada pelbagai numerolgy, manusia ada pelbagai latarbelakang,
    manusia ada pelbagai keturunan dan genetik dll. Tiada seorang pun yang sempurna 100%.
    UNTA: macamana nak bagi sesuai, kena betul latihannya, tempat letak penunggangnya nak duduk selesa, letak hamparan... dll 
  • MANUSIA: sama sahaja-> tarbiyyah dan halatuju mesti betul dan istiqamah..

# Muhammad Fattullah Holland... mempunyai 400 buah sekolah diseluruh dunia yang diselenggarakan dengan baik... Sekolah2 ini ditaja oleh Billionare Indonesia bernama Kharisma Bhangsa... (info ini akan dikemaskini kemudian...)

# Omar Al Khattab RA berkata kepada sahabatnya...
"Impikanlah!.. Aku menimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL (lelaki) seperti Abu Ubaidah al Jarrah,
Mua'adz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Hudzaifah).. lalu aku meminta tolong dari mereka untuk
meninggikan kalimah Allah"

Siapa mereka?: para tabi'in yang kurang popular.. tetapi diangkat dgn kemuliaan!

# Justeru anak - anak jenis apa yang sistem pendidikan MUSLEH ingin lahirkan secara umum?
1) hormat guru
2) hormat ibu bapa; mempunyai adab dengan ibu bapa
3) rajin, ikhlas membantu ibu, ayah, masyarakat
4) sentiasa mengamalkan solat jamaah
5) basah lidah dgn zikrullah
6) bertemankan Al-Quran di mana sahaja
7) berkepimpinan hasil muqayyam yang diikuti...

# matlamat MUSLEH,  apa dia?
* berpegang pada allah
* berfikir positif, tanamkan dalam diri pelajar Al Amin. {Cintakan Allah}..
contoh: kalau putus cinta; bunuh diri... bukan! XXXX!
"bila yakin pada Allah, jatidiri akan kuat "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

Kalau gagal; tanam dalam diri "Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya aku meminjam nikmat yang Allah miliki... Ya Allah, seandainya masalah ku besar, besar lagi masalah orang lain dariku. Ya, Allah, permudahkanlah urusanku sepertimana para tabi'in yang telah berjaya dengan apa yang kau milikki"

p/s: InsyaAllah saya sentiasa beringat 
"Aku hanya merasa sesuatu yang Allah miliki, Allah lah yang memiliki sesuatu yang aku rasai" Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan..

Sunday, November 21, 2010

Al Fatihah buat Almarhumah Zaiton binti Login

Terjagaku dari lena pukul 2:00 petang, terus sahaja menunaikan solat Dzuhur. Hati ini semacam ada yang tidak kena. Lapar? Tidak. Masih lagi kenyang. Bosan? Tidak. Tapi ada sesuatu yang tidak kena sahaja dengan diri ini. Selepas menunaikan Solat Asar, terus saja mencapai kunci kereta untuk di basuh di "car wash" berhampiran.

Hampir sahaja waktu Maghrib, tiba - tiba telefonku berbunyi. Lihat sahaja "contact ID" ayah angkatku yang tertera di skrin, terlintas di hati sesuatu yang daku takuti. Selepas memberi salam, terus sahaja dia berkata, "Ika, mak cik dah tak ada, Ka. Pukul 4:00 petang tadi."

Terkejut diri ini dan pelbagai perasaan bersalah di dalam hati menerjah. "Kenapa aku tidak singgah ke Taman Dahlia minggu lepas". Jika aku singgah ke Johor Bahru minggu lepas pasti aku sempat bertemunya.. Namun usai sahaja majlis perkahwinan adik lelakku, terus saja aku pulang ke Kuala Lumpur. Aku perlu bertugas keesokan harinya. Mamaku sudah berpesan, "Akak, jangan ditinggalkan Mak Eton macam arwah nenek, tak lama lagi akan ada yang menjemput."

Ketika ini mutiara di pipiku mengalir deras. Mengapakah kita tidak menghargai insan yang kita sayang sewaktu hayatnya ada?

Teringat pertemuan pertama 13 tahun dulu, ketika itu aku menyertai Festival Silat Rakan Muda. Mak Eton ketika itu menyaksikan anak lelakinya yang menyertai pertandingan. Aku melihat seorang anak comel yang tersenyum - senyum memandangku. Aku memang sukakan kanak - kanak perempuan. Ku bawa kanak - kanak itu ke bilik peserta. Kemudiannya aku diperkenalkan kepada ibunya (Mak cik Zaiton) yang ramah dan ayahnya (Pak Rahman). Keesokannya si comel itu datang lagi memberikan nombor telefon. Semenjak itu hubungan kami menjadi akrab. Sementelah mak cik dan pak cik pernah kehilangan anak perempuan pertama mereka dulu akibat leukimia.

Arwah seorang yang sangat baik dan penyayang, ketika itu aku di asrama sebuah sekolah berasrama penuh, tidak pernah arwah tidak melawatku biarpun kami tiada pertalian darah. Ketika hari lahirku, arwah dan keluarganya datang membawakan sekotak kuih tart telur, curry puff dan macam - macam lagi yang memang disukai oleh rakan - rakanku.  Masih ku ingat lagi, arwah memberikan kepadaku tuala tebal, kasut kulit dan beberapa hadiah hari lahir, milik peribadi beliau ketika hari lahirku yang ke 17 tahun.

Jika cuti sekolah, tidak pernah sekali arwah membenarkan aku menaiki bas untuk pulang ke kampung (jika ahli keluargaku tiada yang menjemput). Arwah dan Pak Rahman juga si comel, Abby pasti akan menghantarku hingga ke laman rumah. Perjalanan bukan dekat. Dari asrama hingga ke rumahku memakan masa hampir 2 jam. Jika aku berada di Johor Bahru, pantang terserempak dengan kereta cabukku, pasti beliau akan menahanku biarpun di tengah jalan! Pernah suatu hari, aku dan suami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolahku, tetiba di selekoh untuk ke arah tol, ada sebuah kereta memintasku. Rupa - rupanya arwah dan keluarganya, perasan kereta burukku itu. 

Namun, apabila sudah berkahwin jarang - jarang aku menjenguk beliau. Namun kad ucapan dan panggilan telefon menjadi pengganti. Tentulah perasan segan itu timbul bila sudah berumahtangga. Tambahan pula apabila mengingatkan kenaifan aku yang suka menyusahkan orang ketika bersekolah dulu. Lebih - lebih lagi arwah dan keluarganya.....

 Ketika di maklumkan arwah terlantar di hospital akibat kanser darah. Aku dan suami sempat menziarahinya. Namun tidak sampai hati untuk berlama - lama di hospital, bimbang tertumpah mutiara - mutiara kasihku. Mengingatkan arwah seorang yang lemah lembut dan penyayang, sempat tadi daku menghadiahkan Solat Hadiah dan Bacaan Yaasin untuk beliau agar urusan akhiratnya di permudahkan Allah. Semoga Arwah Zaiton binti Login digolongkan dalam golongan orang yang beriman di atas kebaikan yang pernah beliau lakukan untukku... Amin..

Benarlah bagai di kata orang, "insan yang baik akan pergi dahulu"...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....
Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas semulia - mulia makhluk bagi sekalian Nabi dan Rasul, Sayyiduna Muhammad s.a.w dan juga ke atas para ahli keluarganya dan sahabat - sahabat baginda.

Ya Allah cucurilah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengannya (salawat), Engkau menyelamatkan kami dari segala huru - hara dan kerosakan, dengannya juga Engkau tunaikan segala hajat kami, Engkau bersihkan kami daripada segala kejahatan, Engkau mengangkat kami kepada setinggi - tinggi darjat di sisiMu dan Engkau menyampaikan kepada kami kepada tujuan yang paling sempurna daripada segala kebaikan semasa hidup kami dan selepas mati. Limpahkanlah juga ke atas keluarganya dan sahabat - sahabatnya dan kesejahteraan yang melimpah ruah ke atas mereka.

Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Sayyiduna Muhammad s.a.w pada golongan dulu dan akhir. Dan limpahkanlah rahmat serta kesejahteraan ke atas Saiyyiduna Muhammad s.a.w pada setiap waktu dan masa. Dan limpahkanlah rahmat pada kesejahteraan ke atas yang mulia akhlaknya Sayyiduna Muhammad s.a.w pada golongan malaikat  yang di langit sehingga hari kiamat, dan pada apa yang ada di atasnya dan Engkaulah sebaik - baik Pemberi Rezeki.

Ya Allah! Jadikanlah dan sampaikanlah dan terimalah pahala yang telah dibaca dari Al Quran yang sangat agung. dan apa jua yang telah ditahlilkan dari kalimat Laa ilaaha illallah, dan apa - apa yang juga yang telah kami sebutkan daripadaMu Ya Allah, dan apa - apa yang telah kami selawatkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan juga ke atas ahli keluarganya di saat waktu yang berkat ini. Inilah hadiah daripada kami mudah - mudahan ianya sampai. Dan juga rahmat daripada Engkau yang mencucurinya dan keberkatan yang tinggi. Dan sedekah yang terdahulu telah kami persembahkan ia, dan kami hadiahkan untuk hadrat penghulu kami Sayyiduna Muhammad s.a.w dan juga ke atas ahli keluarganya, dan kemudian hadiah kepada para arwah isteri - isterinya dan keluarganya dan sahabat - sahabatnya dan yang mengikutinya, dan pengikutnya, mereka itu dengan kebaikan hingga ke hari akhirat.
Ya Allah! Jadikanlah pahala seperti pahala - pahala yang demikian itu serta sokongan yang lebih; dan kebajikan Engkau hadiahkan kepada roh - roh mereka yang telah diampunkan di sini disebabkan mereka, dan khasnya kepada roh Almarhumah Zaiton binti Login pada asalnya dan cabang - cabangnya sekalian. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah, dan maafkanlah arwah ini. Ya Allah! Pindahkanlah mereka itu dari kesempitan kubur dan liang lahad ke syurga Khulud-Mu. Dan jadikanlah kubur mereka itu taman dari taman - taman syurga-Mu. Dan jadikanlah kubur mereka hembusan dari angin - angin syurgamu.

Ya Allah! Turunkanlah rahmat dan nikmat beserta pengampunan dan syafaat ke atas arwah Almarhumah Zaiton binti Login dengan mereka - mereka yang telah Engkau berikan nikmat, yang dari para Nabi, para siddiqin, para syuhada, para solihin dan kebaikan yang diberikan ke atas mereka. Dengan kebaikan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mencucuri kesejahteraan ke atas sebaik - baik makhlukNYa, Sayyiduna Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya serta para sahabatnya. Maha Suci Tuhan, Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat - sifat rendah (hina), dan cemar yang mereka (orang - orang kafir) anggapkan, begitu juga semoga dicucuri dengan kesejahteraan ke atas segala Rasul yang telah diutuskan oleh Allah. Dan segala puji itu hanya layak bagi Allah Tuhan Sekalian Alam...

Semoga Almarhumah Zaiton binti Login dikurniakan oleh Allah kebaikan sepertimana kebaikan yang pernah dilimpahkannya kepadaku suatu ketika dulu.....Alfatihah...

Friday, November 19, 2010

Islamic cooking.... Memasak itu ibadah...

Assalamulaikum,

InsyaAllah, hari ini ahli keluarga terbaruku dan adikku yang baru berkahwin minggu lepas akan bertandang ke teratakku di Kuala Lumpur.  Hadir bersama mamaku dan juga adik bungsuku (nama sahaja bongsu, tapi sudah dewasa (",) ). Menjadi adat dalam keluarga kami, usai sahaja sesuatu majlis perkahwinan, arwah datukku (ayah kepada mamaku) selalu menggalakkan pengantin baru menziarahi saudara mara. Motifnya adalah untuk memperkenalkan sang isteri dengan mak cik pakcik, juga sepupu yang sangat ramai. 

Arghh, projekku untuk menyusun atur susur galur keluarga dari adik beradik arwah datukku dan nenekku sahaja belum selesai. Terlalu ramai. Belum lagi yang berada di Indonesia dan Singapura. Jika sebelah suamiku pula, lagilah ramai, alhamdulillah suamiku dan kakak iparku berjaya membawaku menziarahi semua saudara mara di Utara tanahair ketika Aidilfitri lalu. Itu belum lagi mencari ancestor beliau di Thailand? Tanah Arab? Tak terjangkau olehku. Kagum sungguh diri ini jika kita boleh mencari 5 moyang terdahulu dan menyusunnya dengan baik samada di dalam software tertentu atau buku tertentu. Namun ada seorang rakan yang berusaha bersungguh selama 2 tahun, dan berjaya memperolehi susun galur keluarganya dengan sempurna. Penting sebenarnya untuk kita mengetahui nasab dan keturunan, terutamanya supaya tidak "terkahwin" sesama sepupu. Jika dilihat sebelah papaku pula lagilah ramai. Ayah papaku sendiri salah seorang kerabat di Utara tanahair berkahwin sebanyak 9 kali. Papaku sahaja mempunyai 4 orang isteri (mamaku isteri pertama). Berdoa benar suatu hari diri ini dapat menyusun semuanya dengan sempurna. 

Namun bukan berkenaan kewajipan ziarah atau nasab keturunan yang hendak daku nukilkan di sini. Entri hari ini, InsyaAllah berkenaan bagaimana proses memasak itu boleh dijadikan sebagai salah satu ibadah.

Bonda mamaku adalah seorang nenek yang hebat, bukan sahaja akhlak mulianya. Ada satu sisi lain yang membuatkan beliau sangat hebat di pandanganku ialah kehebatannya memasak. Ketika solat Maghrib semalam daku terkenangkan beliau. Bila sahaja diri ini teringatkan beliau, tutur kata yang sopan (tak pernah dengar arwah nenekku meninggikan suara), masakannya yang sedap, pantas sahaja diri menghadiahkan Alfatihah buat beliau. Airmata ini pun mengalir deras.
Jika kita ingin rezeki kita diluaskan oleh Allah jangan lupa menghadiahkan Alfatihah buat kedua ibu bapa kita usai sahaja solat fardhu.

Kebetulan mamaku menelefon semalam, sedang berkira - kira menu apa yang ingin di masak. Teringat daging sate arwah nenek. Sebenarnya aku tidak makan daging semenjak kecil, jadi untuk menguruskan daging ini agak rumit bagiku.  (Jika hendak mengundangku menghadiri rumah terbuka, sila pastikan ada menu lain selain d.a.g.i.n.g..). Hendak memotongnya sahaja mengambil masa yang lama (sebab ada rakan berpesan, "jangan potong daging mengikut urat, potong uratnya supaya tidak liat"). Sewaktu kecil, diriku alahan terhadap protein. Ini disebabkan mamaku tidak pernah makan daging sejak kecil, justeru juzuk kromosom tertentu dalam genetikku ini mungkin hilang. Terima kasih kepada kursus Genetik yang pernahku ambil sewaktu di Universiti Malaya dahulu. Apabila diri ini menjamah daging, tunggu sahaja 1 atau 2 jam kemudian, pasti akan bengkak keseluruhan badanku kesan tindakbalas protein yang tidak dapat diserap dalam badan bilamana badan ini menterjemahkan protein tersebut sebagai bendasing dari sistem tubuh. Alhamdulillah, selepas berkahwin suamiku telah membawaku berjumpa dengan pakar. Hasilnya aku tidak perlu mengambil antihistamine sekerap dulu. Syukur kepada Allah dan suamiku yang penyayang.

Back to the point, bagaimana ingin membuat masakan sedap? Mudah sahaja pertama kali jangan lupa mengucapkan bismillahirahmannirahim... Di awal proses masakan itu sahaja kita telah memprolehi pahala, kan. 

Untuk merapatkan kasih sayang sesama ahli keluarga terutamanya ketika ada perselisihan faham, ketika memasak bacalah dan berzikirlah dengan Asmaul Husna ke 48 sebanyak 1000X (tak payahlah kira pula, bacalah dengan ikhlas sepanjang proses memasak dengan niat hendak menyuburkan kasih sayang di dalam rumahtangga dengan mengingat Asma' Allah, tiupkan ke atas makanan yang hendak dihidangkan), iaitu, bacalah "Ya Wadud",
yang bermaksud "Allah Yang Maha Kasih dan Penyayang". Allah menyayangi hamba - hambaNya, manusia yang beriman; tahu dan sedar bahawa dirinya dikasihi dan disayangi oleh Allah. Apabila seseorang hamba itu menyayangi Allah, tidak bererti dia tidak boleh menyayangi selain Allah, tetapi tidaklah boleh melebihi dari menyayangi Allah. Kita hanya boleh menyayangi apa - apa yang disayangi oleh Allah Taala sahaja. Apabila dia menyayangi sesuatu sehingga Allah Taala murka, ini bererti dia tidak sayang kepada Allah s.w.t.

Daku gemar menggunakan apa sahaja bahan dengan jumlahnya mesti ganjil. Contohnya 3,5, atau 9 biji bawang kerana daku cuba sentiasa mengingati Allah dalam apa jua yang daku lakukan. Asma' Allah 99 bukan? Dalam sisa - sisa kehidupan ini tiada yang terbaik dari sentiasa mengingati Asma' Allah walaupun dalam masakan. Oh ya, seperkara lagi, jika ingin menambah garam atau gula, gunakan hujung jari   telunjuk dan ibu jari, Allah kurniakan kita tubuh badan yang sihat untuk sentiasa mengingatiNya. Bukankan ketika ketika bertasbih, kita menggunakan jari - jari ini?... Selamat mencuba.


Thursday, November 18, 2010

Marriage.... marriage across the age?......

Minggu lalu usailah sudah majlis penyatuan kasih antara adikku dan pasangan pilihan hatinya.dalam sebuah majlis meriah yang dihadiri ramai ahli keluarga dan sahabat terdekat. Teruntailah manik - manik jernih dipipiku ini saat dia aqad dan ijab qabul menerima pasangan hatinya. Mutiara jernih yang ingin gugur ku tahan sebaris egoku. Masakan majlis perkahwinan adik lelaki ditangisi sedangkan pernikahannya meriah dan gembira? Hanya syaitan sahaja yang menangisi perkahwinan anak adam.

Perkahwinan adalah sunnatullah, hukum alam dunia. Serta fitrah semulajadi manusia, haiwan dan tumbuhan - tumbuhan. 

Rasulullah saw pernah bersabda"
"Tiada rahbaniyah (hidup membujang) dalam Islam". 
Allah berfirman:
 "Maha suci Allah yang telah menjadikan pasangan - pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan di bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"
( Surah Yasin : 36)
 Fakta dari para saintis mengatakan bahawa semua benda terdiri dari dua pasangan. Misalnya air yang kita minum terdiri daripada dua pasangan oksigen dan hidrogen. Listril ada positif dan ada negatifnya. Semuanya berpegang dengan ayat - ayat di atas dan ada juga ayat lainnya. Antaranya:
"Dan dari segala sesuatu Kami ciptakan berpasang - pasang supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah"
(Az Dzariyat : 49)
Manusia adalah mahkluk yang lebih dimuliakan dan diutamakan oleh Allah berbanding makhluk - makhluk lainnya. Allah telah menetapkan adanya peraturan - peraturan dalam perhubungan yang tidak boleh dilanggar. Manusia tidak boleh melakukan sesuka hati. Meminang sebagai pendahuluan perkahwinan, tentang mahar atau maskahwin, iaitu pemberian seorang suami kepada isterinya sewaktu akad nikah dan sesudahnya. Sesudah dipersetujui aqad tidaklah boleh ia melanggar janji - janji takliq, dan terbataslah ruang bersama - sama rakan - rakan yang dahulunya akrab.


Islam amat menyukai perkahwinan dan segala akibat baik yang bertalian dengan perkahwinan, baik yang bersangkutan, bagi masyarakat mahupun kemanusiaan pada umumnya.



Buat adikku tersayang; 
"Semoga perkahwinanmu ini mententeramkan jiwa kalian, menutup pandangan dari segala yang dilarang Allah, dan menyemai kasih sayang suami isteri yang dihalalkan oleh Allah antara kalian. Semoga talian kekeluargaan antara dua buah keluarga ini akan mengukuhkan ikatan kemesraan sesama kita".
 Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Majah yang beerti:
Diceritakan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda pada waktu Haji Wida' setelah memuji kepada Allah serta menyanjungnya serta menasihati para hadirin:
"Ingatlah wahai umatku! Terimalah pesanku supaya berbuat baik kepada isteri - isteri. Mereka itu hanyalah dapat diumpamakan kawan mu yang berada disampingmu, kamu tidak dapat apa - apa dari mereka selain berbuat baik. Kecuali mereka membuat perbuatan keji yang jelas, maka tinggallah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau mereka taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan menyusahkan mereka.
Ingatlah! Sesungguhnya  kamu mempunyai kewajipan terhadap mereka dan sesungguhnya mereka itu mempunyai kewajipan - kewajipan terhadapmu. Kemudian kewajipan mereka terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk kerumahmu kepada orang yang kamu benci.
Ingatlah! Kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka".
Di dalam suatu hadis yang lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok - oloknya dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur ketika isteri membangkang".
 Bila kupandang wajah adik iparku, persis wajahnya Ina Naim Suhaimi dan adakalanya terlihat pula persis Ramlah Ram. Rasulullah saw bersabda:
"Sebaik - baik wanita adalah yang apabila kamu memandangnya kamu akan senang, apabila kamu perintah ia akan patuh padamu, apabila kamu beri bahagian ia akan menerimanya, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu".
(Riwayat Nasa'i, dan lain - lain).
Ijab dan Qabul adalah lafaz dan semangat yang merupakan ketukan - ketukan kasih di pintu hati pasangan hidup yang senada dan seirama, yang sama - sama menggetar rasa, yang sama - sama memikul senang dan derita. Allah menyerahkan kepada pasangan untuk memilih jalan dan kesudahannya, dan Allah juga telah memberitahu, kita bertanggungjawab penuh dengan apa yang kita lakukan, baik buruknya kita bersama - sama pasangan, kitalah yang kemudikan bahtera di lautan kasih ciptaan Allah swt bersama pasangan kita.....


Ada dikalangan teman - teman yang meminta pandangan perihal perkahwinan walhal diri ini baru setahun jagung mendirikan rumahtangga. Namun sekadar titipan bersama:
"Jika pasanganku marah, masaklah makanan kesukaannya, kerana berlapar itu menambah amarah,"
"Jika pasanganku merajuk, segeralah aku memujuknya, rendahkanlah egoku, kerana memujuk itu  sedekah,"
"Jika pasanganku menangis, sandarkan dia ke bahuku, kerana dari rusuknya aku diciptakan,'
"Jika pasanganku membenciku, redhalah daku kepada Allah, biarpun payah, kerana redha Allah itu lebih barakah, ingatlah saat - saat dia pernah menyayangiku,"
 "Jika sabar itu payah, mengalah itu susah, tersenyum dalam gundah, lebih susah lagi mencari redha Allah. "
Semoga entri kali ini menjadi panduan kepada diriku dan kalian semua.....


Motto hidupku dan suamiku:
"Suami didahulukan, isteri dilindungkan, kasih sayang dilimpahkan, cinta dipaterikan... Semoga kita sentiasa di dalam redha Allah samada di dunia mahupun di akhirat"......
 

Saturday, November 6, 2010

Feeding subconscious mind

"It is funny thing about life. If you refuse to accept anything but the best, you very often get it" (W. Somerset Maugham).
Assalamualaikum dan selamat pagi semua juga selamat sejahtera... 
Motivating myself:
I am unique individual who is doing the best I can, InsyaAllah"...

Feed subconscious mind: telling myself that,
"I am going to pass this semester's exam with flying colour."
Esok selangkah kaki ke arah penentuan misi penambahbaikan gedung ilmu sedia ada yang telah berkarat. Alhamdulillah sempat membaca al-Mathurat dan Yaasin 7 Mubin memohon agar Allah s.w.t melapangkan dadaku dalam pembelajaran, diberikan kefahaman dan kebijaksanaan dalam menjawab semua soalan peperiksaan bermula esok. Hampir sepuluh tahun meninggalkan alam universiti ilmu. Kini, kembali melengkapi "universiti" kehidupan.Walau saatnya sangat hampir esok, diri ini tetap bersyukur lantaran mudah hadam kursus  berrkaitan. Namun kursus yang mudah boleh menggoncangkan langkah seandainya cuai dalam mengatur derap langkah ketika menjawab soalan yang bakal menentukan hala tuju pengetahuanku seterusnya.

Sebuah buku (66 Tips Mutiara Motivasi Cinta Islam, nukilan ayah kepada anak muridku Ustaz Ku Muhammad Asmadi bin Ku Mohd Saad dan ibu beliau Ustazah Nor Syahida binti Ahmad) yang dihadiahkan dari salah seorang pelajar ketika Hari Guru 2010, menjadi pembuka kalam hari ini. Terima kasih juga kepada anak didikku yang lain, yang sering menitipkan doa agar insan ini sentiasa dalam redha Allah.


Dalil Al Quran: 
"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan"
(Al Quran: Surah Toha: 114) 
Mutiara - mutiara ilmu tersebar di muka bumi ciptaan Allah ini dengan meluas. Selagi nadi masih berdenyut, selagi hayat dikandung badan, selagi bumi menongkat langit, selagi mana buih - buih taqwa kurniaan Allah tidak terserak, selagi itulah ilmu ini akan terus daku cari demi bekalan di hari terakhir kelak. Menyedari diri ini yang masih jumud ilmunya, diri ini akan berusaha menunjukkan yang terbaik di kalangan anak didikku.

Dalam rutin harian mendidik dan mengasuh anak didik menuntut ilmu, terjentik perasaan ini. 
"Cukupkah ilmuku. Ya Allah, jauhkanlah diri ini dari kejumudan ilmu. Ya Allah seandainya ilmu belum cukup untuk bekalan anak didikku, Kau tunjukilah jalan dan permudahkan urusanku".
Pernah dahulu salah seorang  ibu saudaraku berkata "Tak sanggup nak jadi cikgu, besar amanahnya. Di akhirat kelak, aku yang kena hisab dulu." Sungguh menggundahkan hati. Namun diri yang hina ini hanya mampu berusaha dan bertawaqal kepada Allah agar ilmuku ini tidak menjadi beban dipundakku ketika meniti titian sirat.

Namun susah benar untuk mendidik hati untuk mengikhlaskan hati, cabarannya hebat. Doaku hanya satu, mohon ilmu ini membawaku lebih mengenali Allah s.w.t sebagai penciptaku, dan sebagai azimat untuk diri sendiri dengan bertanya kepada diriku "Siapakah aku di sisi Allah?"

Buat anak didikku, jalan kehidupan ini penuh cabang yang berliku - liku dan amat panjang. Jalan yang ku pilih ialah mencari redha Allah, dengan menuntut ilmu. Walau ku sedar gedung ilmu itu adalah di sisa akhirm hujung usiaku dan tak mungkin sama sekali menyamai ilmu golongan  para mujaahid dan syahid yang soleh terdahulu. Tuntutlah ilmu walau hingga ke liang lahat.

Dalam meniti sebuah perjalanan kadangkala aku lupa menoleh ke belakang dalam tuturku, perbuatanku mahupun niatku yang lalu. Pengalaman lalu menjadikan aku lebih tabah kini. Semoga Allah Yang Maha Pengampun mengampuni dosa - dosa hambaNya yang hina ini. 

"Buat sahabat - sahabat yang mengenali diri ini, sesungguhnya esok selangkahku adalah sesaat dalam doamu, selangkahku adalah setitik kasih dari kemaafanmu, selangkahku adalah sesaat kalian menitipkan semangat untukku, dan selangkahku adalah sesaat tika aku menghadap Allah dengan keredhaanMu juga keihklasan kalian mendoakan kejayaanku di dunia ini mahupun di akhirat."
Mohon maafkan segala kesilapanku kerana perjalanan esok, adalah dengan lingkungan doa kalian yang tulus dan ikhlas untuk diri ini. Terampunnya dosaku dengan Allah adalah jalan keampunan Taubat Nasuha; namun tertangguhnya keampunan sesama manusia, menangguhkan sekalian doa dan hajat yang ditiitipkan di Arashy.

Akhir kalam, doakan daku berjaya esok, terima kasih buat rakan - rakan setugas yang memahami dan sanggup menjalankan tugas bagi pihakku esok dengan hati yang terbuka.... Semoga Allah mengabulkan hajat kalian sepertimana yang terdapat dalam sebuah hadis, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” 
(Riwayat Muslim)
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri. Semoga kalian beroleh kebaikan yang baik dengan izin Allah s.w.t.

Friday, November 5, 2010

Anak Adam....

Disini ana senaraikan tiga ayat al-quran peringatan Allah s.w.t kepada anak cucu adam (manusia) sebagai pedoman hidup selama kita di alam dunia.


(1) Hai Anak adam sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #26)

(2) Hai Anak adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #27)

(3) Hai Anak adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #31)

Sifat-Sifat Dunia

Ana ingin berkongsi beberapa sifat dunia yang ana baca dari sebuah majalah untuk peringatan bersama.

Marilah kita sama-sama sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara dan berusahalah memastikan kita tidak menjadi manusia yang dilalaikan oleh kesenangan dan keseronokan dunia sehingga lupa kehidupan di Alam Barzah dan Alam Akhirat.

Sama ada ana suka atau tidak, yang pasti hari demi hari berlalu, ana sebenarnya semakin mendekati alam tersebut. Soalnya adakah kita cukup bersedia untuk pulang ke sana? Aduhaii, susahnya untuk mendidik diri sendiri....

Di bawah ni ana senaraikan sifat-sifat dunia untuk peringatan dan renunganm diri ana sendiri;
1) kehidupan dunia merupakan senda gurau dan mainan
2) kehidupan dunia dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanya sedikit sekali
3) Orang yang bermegah dengan banyaknya harta dan anak dalam dunia akan memperolehi
azab Allah s.w.t
4) kehidupan dunia bagi orang-orang kafir merupakan hiasan yang indah
5) kehidupan dunia hanya merupakan kesenangan sementara dan tersangat sedikit
tempoh masanya
6) kehidupan dunia ibarat air hujan yang turun dari langit lalu suburlah tumbuhan,
selepas itu tumbuhan menjadi kering dan musnah dibawa angin.


Firman Allah s.w.t

"
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
"
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #185)

Berdoalah ana kepadaNya agar sentiasa dilembutkan dan dibuka mata hati ana ini.

Syair Nasihat (Nombor 1)

Syair Nasihat ..mari sama - sama kita fikir.....
Ana turunkan beberapa syair yang diambil daripada kitab karangan seorang ulamak terkenal negeri Pahang suatu ketika dulu. Syairnya begini,


No 1

Hendaklah fikir kepada diri,
Hari mudanya kejam kita takuti,
Binasa dan kalah tidak berani,
Api neraka mengapa tak ngeri.

Maut itu akan makanan,
Kapan selapis akan pakaian,
Emas alkubur akan hamparan,
Mangkut adap akan minuman.

Keempat itu jangan alpa,
Tak dapat tidak akan dirasa,
Apakah sangat suka tertawa,
Harta dicari orang punya.

Lagipun hidup sebelum mati,
Hukum dan denda terkadang curi,
Terkadang air terkadang api,
Barang dimakan menjadi tahi.

Jadilah sampah yang dipakai,
Kemudian badanmu menjadi bangkai,
Dikatakan kasih sahabat dan handai,
Busuk sedikit tidak tercapai.

Menghantar kita ke dalam lubang,
Malu bermalu maka terpegang,
Sudah dikambus kembali pulang,
Sebulan sekali haram tak datang.

Tinggallah kita seorang diri,
Kiri dan kanan hanyalah bumi,
Semata-mata perintah Ilahi,
Rahmat dan uzur ke mana nak lari.

Hai sekalian yang berakal,
Rambut yang hitam kejur dan ikal,
Tubuh berdaging nipis dan tebal,
Berbagai jenis lauk dan sambal.

Firman Allah s.w.t
"Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, niscaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan): "Rasailah azab yang membakar ini".
( سورة الحج , Al-Hajj, Chapter #22, Verse #22)

Syair Nasihat (Nombor 2)

Mengapa perangai terlalu conggok,
Mengerjakan haram tergelak-gelak,
singgah mengacau sembahyang tidak,
Haranah sahaja tidakkah kelak.

Emas dan sutera hendak dipakai,
Dududk bersila jalan berlembai,
Berselendang baju terkadang beredai,
Suka tertawa gelak mengilai.

Mengapa perangai terlalu conggok,
Allah dan rasul seumpama bapa,
Tetapi hitam terlalu tampuk,
Di lubang hidung celak ketiak.

Inilah budak terlalu bebal,
Diam tak diam bapa si Dajal,
Perangai itu jikalau kekal,
Takala maut adalah sesal.

Dijauhkan Allah yang demikian,
Nikmat Allah dilupakan,
Keredaan allah ditinggalkan,
Kebencian allah dikerjakan.

Segala jumlah alam sekalian,
Daripada makhluk lebihnya insan,
Saidatul Mursalin Habiburrahman,
'Ainul Rahmat' Arwasal 'Arfan.

Habibullah akhir zaman,
Kitalah umat yang pilihan,
Ummul kitab itulah Quran,
Kekal sampai ke Darul "Jinan".

Kasih Allah kepada kita,
Daripada tidak dijadikan ada,
"Syamsyi" dan "Qamar" jadi pelita,
bumi terhampar sekalian ada.

Allah berfirman, "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya".
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #25)

Syair Nasihat (Nombor 3)

Dilengkapi dengan pegawai badan,
Serta akal dikurniakan,
Jikalau merdaheka tidak tertawan,
Rahsia Ilahi jadi pakaian.

Kasih nabi demikian lagi,
Lebih daripada badan sendiri,
Memohon umat sentiasa hari,
Sampai ke Masyar mengata "Ummati! Ummati!.

Banyak menangis sedikit tertawa,
Magshul umatnya yang derhaka,
Tatkala Mi'raj sekalian rata,
Sejahat-jahat tempat hanya neraka.

Demikian lagi kasih malaikat,
Memohon ampun serta rahmat,
Azab neraka nyata dilihat,
Tempat kembali segala yang jahat.

Wa Nazir menyuratkan dosa,
Pada yang baik ganda berganda,
Kecualikan Iblis meskipun neraka,
Adalah kasih memohonkan doa.

Istimewa pula segala Aulia',
Bintang kutub Syamsul Anbiya',
Di dalam hadis Khairun Wara',
Warisul Anbiya' segala ulama.

Min Muhammad Rasul minallah,
Khalil dan kelima di dalam jumlah,
Ahlus Sunnah wal Jama'ah,
Abu al-Hassan al-Asy'ariah.

Firman Allah "Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka Barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek "
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #29)

Syair Nasihat (Nombor 4 )

Jalan akhirat terlalu jauh,
Sepanjang jalan berbagai musuh,
Mula-mula julung ditempoh,
Sekaliannya badan hancur dan luluh.

Kemudiannya pula dikembalikan,
Seperti adat permulaan,
Di sanalah lanjut perjalanan,
Seribu tahun belum pengampunan.

Matahari hampir kepala,
Panasnya tidak lagi menderita,
Otak dan daging hancuir dan mati,
Badan bertindih bertimpa-timpa.

Tujuh kali seribu tahun,
Suatu perintah tiada bersusun,
Tiada ketahuan murka dan ampun,
Sekadar berkumpul berhimpun-himpun.

Perkataan itu sudahlah nyata,
Kisahnya masyhur sudahlah lama,
Banyaklah orang menceritakan dia,
Sekadarkan belum lagi dirasa.

Demikian lagi syurga dan neraka,
Kebanyakan Islam mengetahui dia,
Sekadarkan bila kurang percaya,
Setengahnya diam didengarkannya.

Jaranglah orang menyatakan dusta,
Waktu didengar ia percaya,
Kebanyakan mukmin itulah dia,
Kecualikan siamang binatang rimba.

Setengahnya itu bersungguh-sungguh pun tentu,
Masuk neraka ia bercakap,
Olok-olok lagi beradab,
Itulah orang jahil murakab.

Ana ambil tiga petikan ayat Al-Quran tentang Neraka dan sebenarnya terdapat banyak lagi ayat-ayat Al Quran berkaitan neraka. Mari kita baca, ambil dan ingat.

(1)
Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (yang menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu: "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka". Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan), yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui".
( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #38)

2)
Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al Qur'an) serta (mendustakan) menemui hari akhirat, maka mereka tetap berada di dalam siksaan (neraka).
( سورة الروم , Ar-Room, Chapter #30, Verse #16)

3)
Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran; sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan kamu tidak akan diminta (pertanggungjawaban) tentang penghuni-penghuni neraka.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #119)

Syair Nasihat (Nombor 4 )

Jalan akhirat terlalu jauh,
Sepanjang jalan berbagai musuh,
Mula-mula julung ditempoh,
Sekaliannya badan hancur dan luluh.

Kemudiannya pula dikembalikan,
Seperti adat permulaan,
Di sanalah lanjut perjalanan,
Seribu tahun belum pengampunan.

Matahari hampir kepala,
Panasnya tidak lagi menderita,
Otak dan daging hancuir dan mati,
Badan bertindih bertimpa-timpa.

Tujuh kali seribu tahun,
Suatu perintah tiada bersusun,
Tiada ketahuan murka dan ampun,
Sekadar berkumpul berhimpun-himpun.

Perkataan itu sudahlah nyata,
Kisahnya masyhur sudahlah lama,
Banyaklah orang menceritakan dia,
Sekadarkan belum lagi dirasa.

Demikian lagi syurga dan neraka,
Kebanyakan Islam mengetahui dia,
Sekadarkan bila kurang percaya,
Setengahnya diam didengarkannya.

Jaranglah orang menyatakan dusta,
Waktu didengar ia percaya,
Kebanyakan mukmin itulah dia,
Kecualikan siamang binatang rimba.

Setengahnya itu bersungguh-sungguh pin tentu,
Masuk neraka ia bercakap,
Olok-olok lagi beradab,
Itulah orang jahil murakab.

Syair Nasihat

No 5
Sebab pun ia terlalu jahat,
bangsanya itu daripada dzalimat,
Dikatakan orang anasir yang empat,
Itulah jadi asal tabiat.

Asal iblis demikian juga,
Daripada lidah api yang cela,
Jin dan syaitan beberapa bangsa,
Kebanyakan syaitan kafir belaka.

Sebab pun iblis dikata malaikat,
Asalkan ia terlalu khidmat,
Di dalam syurga berbuat taat,
Dijadikan Adam ia pun murtad.

Iblis dan syaitan sahaja khianat,
Masa dahulu sudah berkhasiat,
Hawa dan nafsu sedianya jahat,
Daya mendaya keempatnya sesat.

Hawa dan nafsu setianya kafir,
Iblis dan syaitan sebab takbur,
Jadilah insan dikata mafrur,
Esok jaga hari nan tidur.

Tidur ini di dalam dunia,
Telinga berlubang mata terbuka,
Lidah pun fasih berkata-kata,
Makan dan minum bersuka-suka.

Di dalam akhirat baharulah jaki,
Telinga tali mata pun buta,
Lidah pun kelu tidak terkata,
Badan pun cengkung dimakan neraka.

Wahai sekalian orang yang bijak,
Bukannya padan bukanya layak,
Mati tidak hidup pun tidak,
Hanyalah sesal hurung dan teriak.